Bukan mudah untuk dia buat
Zulkarnain jatuh cinta padanya. Bila akad termetrai, Nayra pegang pada
satu-satunya janji Zulkarnain.
“Abang takkan lukakan Nay! Sebab…
abang cinta mati dekat isteri abang! Sampai akhir, abang janji…, kita bersatu
hidup dan mati!”
Tapi… sekali saja mereka bertemu
dengan bekas tunang lelaki itu di Putrajaya, tiba-tiba Zulkarnain berubah.
Tanpa sedar, lelaki itu bagai
sengaja menjarakkan diri, berpergian berbulan lamanya atas nama latihan dan
operasi.
Nayra yang ditinggalkan? Rasa
devastated! Kecewa!
Dan kerana rasa itu, Nayra jemput
Zulkarnain pulang dengan satu insiden yang mengubah hidup mereka.
“Tak pernah ada sekelumit pun rasa
nak curang dalam hati abang, apatah lagi dengan bekas tunang tak guna tu! Abang
pernah terluka, dan berkali-kali abang janji, abang takkan lukakan Nay. Why don’t you believe me?” soal
Zulkarnain dengan suara yang lembut, tapi jelas punya nada menekan dan tegas.
Itu yang Zulkarnain kata, tapi
mampukah Nayra percaya?
Hanya kerana KNIGHT, benarkah wujud
setiap operasi dan latihan yang suaminya katakan? Kalau bukan kerana orang
ketiga, kenapa sebegitu perangai suaminya?
Dan, bila kebenaran terbongkar…
benarkah apa yang Zulkarnain janji, lelaki itu kotakan?
Bahawa Nayra Zulaikha… cinta
akhirnya?!
Atau… giliran Zulkarnain pula akan
diuji dengan perkara yang paling dia tak
sangka dan jangka seumur hidupnya?