BLURB

“Abang,” panggil Hani, sekadar berbasa basi menegur ‘abang’ sendiri. 

“Sejak bila mama aku lahirkan kau?” sembur Rizq dengan nada jengkel dan garang!

Itu layanan yang Haura Hanania terima sebaik saja Nilam perkenalkan dia kepada ‘Abang’nya. 

“Mak bapa kau mana?!” Keras soalan yang terhambur dari bibir Rizq Aryan. 

“Dah tak ada,” jawab Hani, bersama hati yang memerit sakit.  Selang sesaat kemudian, mata Rizq kembali menentang tepat wajah ‘adik angkat’nya! 

“Mana mama aku kutip kau?” soal Rizq, kasar!

Terkedu! Hani ingat, diam lelaki itu tadi kerana simpati dengan status yatim piatunya. Mana tahu, berselang detik, soalan kasar itu pula yang berhamburan dari mulut berbisa Rizq Aryan. Walau diajar diri untuk memahami, tetap juga hati dia terasa dengan kata-kata lelaki itu. 

Tak cukup dengan keras, beku, dingin, Rizq Aryan cukup pandai mengerahkan dia jadi tukang masak, tak cukup jadi tukang masak, Hani dikerah jadi pengera pulak. 

Bila dia cubit lelaki yang tidur mati itu, Rizq letak cacing hidup di leher waktu dia lena tidur! Kejam?! Tapi bagi Rizq Aryan, apa yang dia buat itu ‘patut!’ Alasannya?

“Kau nak sangat jadi adik aku, kan? Now, I’ll give you the taste of becoming my sister!” 

Itu yang Haura Hanania kena hadap bila berabangkan The Wicked Rizq Aryan. 

Tapi apa pula jadinya bila dia bersuamikan lelaki yang sama?

“Nak bersatu macam mana, ma? Sekarang, Hani lancar mogok. Bercakap pun tak mahu. Agaknya memang nak kena sentuh dulu baru boleh berbunyi mulut tu!” balas Rizq selamba.

Jadi ‘Abang angkat’ pun dah huru hara, jadi suami lagi kiamat dunia. 

Kalau jadi Rizq Aryan jadi lecturer Hani pula, bagaimana? 

×
WhatsApp