“Wangi mak
ai, satu U tertinggal bau dia!”
“Handsome tahap
petala ke berapa pun tak tahu ni!”
That’s it!
“Tak pernah
tengok lelaki ke?” sembur Erfan, dengan renungan garang!
Hari pertama jejakkan kaki ke Universiti, dia dah sembur
para pelajar yang angaukan dirinya.
Waktu pertama di kelas, dia masuk tanpa perkenalkan diri
pada Ms. Elaine Mardhira.
“Saya berhak tahu siapa Encik. Kalau Encik tak ada kaitan
dengan lecture ni, Encik tak boleh
duduk dalam kelas saya,” ucap Elaine, sambil memandang tepat wajah tampan yang
sedang tunduk memandang meja.
Tapi apa
yang Erfan buat? Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada gadis itu.
Kemudian, dia berjalan keluar dari kuliah tersebut.
Kali pertama disoal pensyarah,
“Erfan, could you explain to the rest of the class, what is
Maslow’s Hierarchy of Needs?” tanya Elaine, dengan muka yang menayangkan riak serius.
“Kalau tak
tahu nak terangkan topik yang kau nak ajar, jangan jadi lecturer. Bukan tugas aku untuk buat kerja kau!” sembur Erfan,
keras.
Burst! Elaine rasa
macam pembuluh darahnya memecah ganas, lalu berpusu-pusu menyerang ke segenap
saraf! Merah mukanya ditempelak mulut
laser pelajar nan satu!
Dan, kali
pertama assignmentnya diminta oleh lecturer,
“I don’t have one!” balas Erfan, tanpa memandang wajah pensyarah itu.
“Sebab tu saya minta! Buat, lepas tu hantarlah!” suara
Elaine naik satu oktaf! Bengang
betul dia. Dapat dia rasakan, muka dia membahang dengan darah yang berpusu-pusu
menyerbu wajah!
“Lagi sekali
kau tinggi suara, aku ikat mulut kau dengan tie
ni!” keras amaran yang Erfan berikan, tika wajah diangkat untuk menentang wajah
Elaine yang dah merah padam.
Beraninya Erfan,
buat Elaine tertanya-tanya. Siapa The Rigid Erfan Eusoff, sebenarnya?