Childfree!

Itu yang Haz Rayhan ratibkan pada Seri Daneen sepanjang lima tahun perkahwinan mereka. Tapi saat jiwa mula teringin, Daneen soalkan perkara tersebut pada suami tercinta. 

At some point in your life later, abang akan ada rasa nak anak dengan Daneen tak?” 

“Takkan ada,” jawab Rayhan yakin dengan nada yang berbaur tegas. Tak ada pengecualian kerana dia memang tak mahukan anak.

“Kalau Daneen nak? Kalau Daneen teringin?” tanya Daneen lagi, tanpa mengalihkan fokus pada wajah yang terlalu luar alam tampannya itu. 

“You’re not allowed to,” mudah jawapan yang Rayhan beri. 

Akur! Itu yang Daneen putuskan, walau rasa teringin untuk mempunyai anak bersama Rayhan mula berkobar-kobar dalam jiwa sejurus mendengar penolakan suaminya. 

Namun, tak pernah Daneen sangka, asbab di sebalik childfree yang Rayhan ratibkan adalah kerana lelaki itu dah punyai anak dengan perempuan lain! Itupun hanya diketahui saat dia lakukan kejutan pada malam pertemuan antara dua syarikat!

“Berapa tahun?” tanya Daneen, dengan suara yang hampir tak kedengaran saat dia mengambil tahu usia budak lelaki yang mirip dengan suaminya itu. 

“Haz Raiyan, lima tahun!” jawab Hayfa, bangga memperkenalkan anak yang dikongsi bersama suaminya!

Dan jawapan yang Hayfa beri, menyedarkan Daneen tentang satu perkara. Usia budak lelaki itu, sebaya dengan usia perkahwinannya! Raiyan lahir pada tahun yang sama mereka berkahwin!

Tak dapat tidak, otak Daneen mula teringatkan situasi perkahwinannya selama lima tahun ini. Sebab ini ke, Rayhan selalu keluar dari rumah selama dua minggu, setiap bulan? Konon uruskan cawangan di Melaka, tapi yang sebenarnya Rayhan madukan dia?!

  • Jumpa Daneen dekat Hatten, bilik 810! Kalau abang tak datang dalam masa satu jam, Daneen akan pastikan title isteri, bertukar jadi bekas!

  • I love you! I’ll explain everything later. Please, step down from the project and… Be good, don’t make a scene!

“Be good? Be good?” gumam Daneen, dengan tubuh yang menggigil hebat!

‘Don’t make a scene?’ ulang Daneen dalam hati, bersama jiwa yang dah mula merentan!

Bagai nak gila Daneen menangis, meraung, meratapi nasib diri. Tapi sakitnya… bila Rayhan tak peduli! Cerai dipinta, tapi…

“You can try, but you will not succeed!” bisik Rayhan keras, dengan nada penuh berbaur amaran!

Hancur! Nanar! Jiwa Daneen kesakitan kerana The Irresistible Haz Rayhan! Yang sebenarnya, apa yang terjadi? Benarkah… Rayhan madukan Seri Daneen? 

×
WhatsApp