[SINOPSIS]


“Zea, Zea, Zea!” 


Nama Zeanissa bagai dah digam pada lidah lecturer Broadcastingnya. 


Soalan lelaki itu berkisarkan tujuan dia menyambung pengajian, tapi bicara yang keluar dari bibir Dr. Ayyash jauh menyimpang dari soalan. 


“Malam tadi, tidur pukul berapa? Dah tahu kelas saya pagi-pagi buta, tak reti nak preparekan diri? Tidur awal, atau minum kopi? Kalau saya masuk dah menguap besar macam tu, saya start lecture nanti awak ke mana? Laman mimpi?” 


Hanya kerana dia menguap sewaktu lelaki itu masuk ke kelas, tak pasal-pasal dia dimarahi. Dan bila jawapan diberi, 


“Kenapa? Selama ni awak bercakap dengan binatang?” sinis soalan yang terbit dari bibir Ayyash. 


Terkedu Zeanissa bila diperli sebegitu. Dalam masa yang sama, dia dapat menangkap bunyi rakan-rakan sekelilingnya menahan tawa. 


Yang sebenarnya, apa yang Dr. Ayyash mahu? Bergaduh dengan orang lain, tak kan dia yang jadi mangsa lelaki itu? 


Dan bila Ayyash putus cinta, Zeanissa rasa kelam dunia. Sediakan diri untuk diseru, tapi lecturernya itu diam membisu.


Bila Zeanissa ingat dia dah selamat, kedinginan Ayyash menimbulkan satu rasa indah yang boleh mengakibatkan dia mati diparang Zulfa!


Seteruk mana dia cuba mengelak, Zeanissa terpaksa juga sertai live Ayyash untuk mencari entiti dan paranormal. Tujuh jam, selama lima hari! Bayangkan, apa yang akan terjadi? Padahal, dia penakut nak mati!


“Kenapa kau ni?” soal Ayyash bingung bila Zeanissa melompat ke arahnya.  


“Ada benda tiup telinga saya!” adu Zeanissa dengan suara yang berbisik perlahan. Muka dan suaranya, jelas mempamerkan riak ketakutan!


“Jauh sikit, boleh tak?!” perli Ayyash, bengang!


Kalau begini keadaan mereka setiap kali Live, agak-agak mampu ke Zeanissa menangi pertandingan yang Ayyash kelolakan? 


Dan apa yang akan terjadi bila Ayyash cuba gagalkan kemenangan pelajar sendiri?


Akhirnya nanti, rancangan siapa yang akan berjaya? The Erratic Zain Ayyash atau pelajarnya?


#anisashikali

#anisashikalipublication

#theerraticzainayyash

×
WhatsApp