BLURB
Niatnya cuma ingin mencari mesin photostat, tapi Allah temukan dia dengan Azharique! Berpisah sebagai suami isteri, tapi berkait takdir menjadi pelajar dudanya sendiri. What an irony!
Kalau dulu, Maira Elmyra rasa dia perfectly fine tanpa suami, tapi sekarang dia gila bayang pada duda sendiri.
‘Kan saya dah cakap. I’m special! Dr. Rique takkan marah saya datang lambat!’ tutur Maira, bangga. Habis dicanang, kononnya dia yang terutama.
Yang sebenarnya, Azharique diamkan kesalahan Maira kerana tak mahu termakan dengan taktik wanita itu. Tapi bila Maira dah berani bermain dengan kerjaya dan nama baiknya sebagai seorang pensyarah,
“Sorry for the interruption guys. Some people just didn’t know how to respect time!” sindir Azharique keras!
Tak sangka, dua tahun yang berlalu benar-benar merubah lelaki itu. Daripada mesra, kini dinginnya mengalahkan ais di benua Antartika. Dalam pada dia rasa dia masih punya peluang, rupanya Azharique dah punya Mira.
“Maira… Mira? Nama dekat dah, tapi…,” gantung ayat, Maira dekatkan bibir ke telinga bekas suaminya, lalu…
“Dr. tahukan, kami tak sama?” bisik Maira, sebelum telinga Azharique ditiup nakal.
“Tahu sangat, sebab dia masih perawan, tapi awak janda terpakai!” sembur Azharique, sambil melorek senyum mengejek.
“Terpakai pun saya bangga, sebab yang sentuh saya tu Dr!” bisik Maira lagi dengan renungan yang cukup menggoda.
Serabut Azharique jadinya bila Maira buat huru hara. Namun, sejauh mana Maira mampu bertahan kalau kewujudannya dilayan bak halimunan?
Kerana Azharique terlalu Elusive, maka satu keputusan perlu dibuat drastik. Kalau dulu rumahtangga menjadi korban, agaknya apa pilihan Maira sekarang?