BLURB
“My rules are simple, walaupun saya nampak macam boleh dibawa gurau, I’m actually not! Don’t play around with me, don’t mess with me, and lastly… do as I say if you want to succeed in my subject!”
Itu, arahan yang Dr. Ammar Elhan berikan pada kuliahnya yang pertama. Tapi dah dibagi amaran pun, tetap Nila Elnaura berani tidur!
Malah, gadis itu juga berani mengejek, buat mimik muka setiap kali dia memberi lecture.
“Stop it, Elnaura. Sebelum saya berkeras dengan awak!” marah Elhan, separa mengugut. Tapi Elnaura tetap begitu.
Dia sangka Elnaura biadap, rupanya gadis itu diserang seizures! Asbab dia berlengah, Elnaura terpaksa di induced coma!
Bila Elnaura berpeluang untuk hidup semula, Elhan jadikan gadis itu yang terutama dalam hidupnya.
“Mulai hari ni, meja yang terletak dekat depan meja pensyarah ni, khas untuk Nila Elnaura saja! Arahan ni, bukan terpakai untuk kelas saya saja, tapi untuk semua subjek dan lecturer!” tegas Elhan, serius! Habis satu kelas dikerah.
Apa-apa saja tentang Elnaura, wajib maklumkan pada dia! Saat Elhan agungkan Elnaura, semua pelajar tahu gadis itu cuma berpura.
“Attention seeker!”
Itu gelaran yang para pelajar berikan pada gadis tersebut. Masalahnya, benarkah hanya perhatian yang Elnaura damba?
Dalam pada dia tak percaya, terbongkar juga satu rahsia. Rupanya… Elnaura dah berpunya!
Dalam bingung, semua desas desus tentang Elnaura kembali terngiang di telinga. Elhan rasa… dipermainkan!
Dalam perjuangan merebut cinta dan kebenaran, apa agaknya nasib lecturer hot, Ammar Elhan?
“Bangun, Mawar! Aku janji, aku janji akan jaga kau elok-elok lepas ni! Kalau kau bangun, aku janji akan hadiahkan kau anak seikhlas hati! Aku tak akan buat kau derita lagi!”
Itu janji yang Seth Adham ukir, saat Mawar Nerissa bertarung dengan maut kerana perbuatannya dulu. Hasil janji itu, membahagiakan mereka bila Mawar mengandungkan anak kembar selama sembilan bulan lamanya.
Tapi… kerana satu mimpi,
“Memang takdir anak kita lahir mati, atau Mawar balas dendam pada abang sebenarnya?”
Itu soalan yang Seth ajukan saat dia tak percaya, Mawar boleh tenang-tenang hadapi kematian anak mereka.
“Jangan sebab abang tak mampu nak tanggung rasa kehilangan, abang tuding jari dan cipta salah yang tak ada pada Mawar. Don’t shift the blame on me!”
Betul ke, apa yang Mawar kata? Atau… memang dia punca kembarnya tak bernyawa?
Dan, bila Seth tahu Mawar menipu, tangan mencengkam kuat kedua-dua bahu Mawar, lalu dia tentang tepat ke dalam mata isterinya dengan pandangan yang garang mengalahkan singa yang lapar!
“Mentang-mentang abang dah berubah, dah cintakan Mawar, Mawar dah berani lawan abang, kan?! Mawar langsung tak takut dengan abang lagi! Mawar nak abang jadi kejam macam dulu ke, baru Mawar nak hormat abang?! Baru Mawar ada rasa takut dengan abang?!” marah Seth lagi, sambil menguatkan lagi cengkamannya di bahu wanita itu.
Terdiam! Kelu habis lidah Mawar melihat amarah suaminya. Dek kerana takut disakiti, Mawar tolak Seth Adham dari balkoni rumah agam mereka tanpa peduli pada keselamatan dan nyawa lelaki itu.
Tergamaknya Mawar Nerissa! Tak cukup dengan kembar di dalam kandungan, Seth Adham juga mahu dihapuskan?
Ekoran dari kejadian itu, agak-agak apa yang terjadi pada Mawar Nerissa bila jelas di mata Seth Adham, isteri dia yang sebenarnya berdendam?!
“Haz nak tinggalkan Rina ke? Haz tak nak bertanggungjawab?”
Itu soalan yang Darina berikan pada Hazran bila lelaki itu sekadar mendiamkan diri. Tapi bila Hazran setuju untuk menggalas tanggungjawab,
“Jangan bahasakan diri Haz, abang! Haz tak layak jadi suami!” Itu pula yang Darina cemuhkan, tanpa sikitpun fikirkan luka yang dah dicarikkan di hati lelaki sebaik Banin Hazran.
Pelik seorang Hasna Darina, kan? Itulah perempuan. Suka bermain tarik tali. Kejap mahu, kejap tidak. Masalahnya, mengapa? Tak semena-mena lelaki yang dia cinta, jadi lelaki yang paling dia bencikan dalam sekelip mata!
“Aku nak Hakam!” Tiba-tiba pula, lelaki lain yang diinginkan? Sah! Darina memang suka buat onar.
“Kenapa Rina perlukan Hakam lebih dari abang? Kenapa Rina kata, Rina boleh hidup tanpa suami? Anak tu, anak abang! Anak kita! Rina sedar tak, Rina perlukan abang?! Bukan Hakam! Anak tu, anak Hazran, Rina. Bukan anak Hakam!” tegas Hazran, mengingatkan Darina akan hubungan mereka yang sebenar.
“Anak ni… anak haram!” balas Darina laju!
“Darina!” Melengking suara Hazran bergema ke segenap ceruk rumah! Sedih! Tercarik sungguh jiwa Hazran dengan bicara isterinya.
Hati suami mana yang mampu bertahan mendengar cemuhan demi cemuhan yang keluar dari mulut isteri tersayang, sedangkan anak itu wujud berbalut cinta dan sayang?
Hati suami mana yang mampu menerima bila isteri asyik mengungkap nama lelaki lain, sedangkan dia yang paling berhak terhadap Darina dan anak mereka?
Tak ada! Tapi… Banin Hazran telan semuanya! Dayus? Bukan. Tapi, ada asbab disebalik semua duka yang dia telan.
“Aku rindukan Hakam,” Dan, saat Darina ingin meninggalkan,
“Choose us! Pilih abang dan Husna!” pinta Hazran dengan nada yang terdesak. Tak rela untuk melepaskan Darina.
Tapi… tetap juga Darina memilih untuk pergi, hingga setitis susu pun isterinya itu tak sudi beri pada anak yang baru lahir dua hari!
Terhenyak, terluka! Di mana silap Hazran, hingga Darina tegar melukakan?
“Aniar, huh?!”
Terpejam mata Thea Raina, saat penipuannya terbongkar!
“Kenapa tipu saya, Raina?!” soal Ian, dengan nada yang keras!
Dan, Raina mula dihunjam rasa bersalah! Asbab utama dia menipu, adalah kerana malu. Selebihnya, kerana tak mahu Ian kecewa.
“Awak tahu, awak boleh berharap pada saya. So, why didn’t you?” soal Ian lagi, sekaligus mengimbau episod empat tahun lalu.
Diam. Lidah Raina kejung di lelangit! Hanya mata saja yang kekal menentang raut serius Ian di depan mata. Sejujurnya, bukan dia tak pernah rasa nak bersandar pada bahu Ian, tapi dek kerana tak mahu menjadi beban, maka Raina lepaskan Ian dari hidupnya.
Namun, siapa sangka, asbab Ian tak pernah melepaskannya buat hidup dia kembali huru hara.
Bila dah bergelar siswazah, baru Raina tahu betapa terseksanya punya pensyarah yang HOT seperti lelaki itu! Nak-nak lagi, bila Ian galak menyakat dia di dalam kelas!
“Awak semua, kalau tak tahu selesaikan masalah, jangan mengorat saya macam Thea Raina!”
Ya, itulah gayanya bila dia menjadi student suami sendiri. Memang susah dia nak fokus bila pensyarah elok nak mati!
Baru sekarang Raina faham, kenapa Ian Adrian jadi igauan semua pelajar perempuan. Ian bukan takat kacak dan tampan kosong. Tapi gaya, dan pembawakan suaminya ketika mengajar, buat hati cair dan tergoda dengan personaliti dan karisma lelaki itu.
“You owned me, Thea. Apa yang distracted sangat? Thea dah dapat pegang, bukan takat boleh pandang,” ucap Ian, sambil menguntum senyum nakal.
Itu kata Ian, tapi yang Ian tak tahu…
His hotness in class is too much to handle!
Bila Raina berkeras nak tukar lecturer bagi subjek Calculusnya, Ian bantah niat itu sekeras-kerasnya.
“Habis, kalau Thea failed, macam mana? Abang nak Thea repeat paper Calculus ni ke?” Bila minta cara baik tak berhasil, Raina mulakan sesi ugutan.
“Repeat, Thea jumpa abang lagi. So, Thea pilih. Nak sengsara berapa sem dengan lecturer yang hot ni!” Lantas, Ian kenyitkan mata.
Bayangkan… betapa susahnya menjadi isteri Mischievious Ian Adrian?!