Private Life as a Sugar Baby!

Ya, itu contentnya. Itu pengenalannya. Identitinya. Dan kerana identiti itu, dia dituduh meniru seorang lagi influencer. Sugar!

Suri Aralyn, Influencer terkenal menipu peminat dengan kehidupan sugar baby yang tak wujud. Malah, meniru content seorang lagi influencer yang bernama Sugar!

Saat tajuk itu menjadi headline di semua sosial media, hidup Suri terus kucar kacir!

Suri Aralyn, Influencer terkenal melarikan diri dari cafe tanpa bayar makanan yang dipesan!

Headline demi headline muncul, tapi Suri kata semua itu fitnah yang ingin menjatuhkan dirinya. Masalahnya, benarkah semuanya fitnah kalau dia ke butik-butik berjenama bukan untuk membeli, tapi meminjam barangan yang dimahukan, atas nama INFLUENCER?

Dek kerana headline-headline itu, tanpa dia sedari, Suri menjadi buruan seorang lelaki kenamaan. 

“Tan Sri, tolong bayarkan legal fees saya,” pinta Suri pada Tan Sri Qhair Malique. 

Hairannya… Suri yang memulakan saman, Tan Sri pula yang kena bayarkan yuran guaman?  Pelik!

Suri ingat, masalahnya akan selesai usai dia mengahwini Tan Sri Qhair Malique, tapi di majlis perkahwinan mereka, Tan Sri ikut terpalit skandal yang sama!

“Betul ke, Tan Sri Sugar Daddy yang bela Suri selama ni?”

“Kenapa baru sekarang Tan Sri nak halalkan Suri?”

“Atau, Suri yang perangkap Tan Sri untuk jadi Sugar Daddy?”

Dan, keadaan itu membangkitkan kesal di hati Suri. Tak pasal-pasal, orang yang tak bersalah diserang oleh media. Namun, nasi dah jadi bubur. Masa tak boleh diundur. 

Suri rasa dia menyusahkan, tanpa Suri tahu… Qhair Malique mengahwininya untuk satu tujuan! 

Benarkah Suri dibela oleh seseorang? Atau… semuanya, hanya satu rekaan? Atau… sebenarnya, ada cerita yang langsung tak siapa-siapa dapat jangkakan?

×
WhatsApp