[SINOPSIS]


“Haz nak tinggalkan Rina ke? Haz tak nak bertanggungjawab?” 


Itu soalan yang Darina berikan pada Hazran bila lelaki itu sekadar mendiamkan diri. Tapi bila Hazran setuju untuk menggalas tanggungjawab, 


“Jangan bahasakan diri Haz, abang! Haz tak layak jadi suami!” Itu pula yang Darina cemuhkan, tanpa sikitpun fikirkan luka yang dah dicarikkan di hati lelaki sebaik Banin Hazran. 


Pelik seorang Hasna Darina, kan? 


Itulah perempuan. Suka bermain tarik tali. Kejap mahu, kejap tidak.


Masalahnya, mengapa? 


Tak semena-mena lelaki yang dia cinta, jadi lelaki yang paling dia bencikan dalam sekelip mata! 


“Aku nak Hakam!” Tiba-tiba pula, lelaki lain yang diinginkan? Sah! Darina memang suka buat onar. 


“Kenapa Rina perlukan Hakam lebih dari abang? Kenapa Rina kata, Rina boleh hidup tanpa suami? Anak tu, anak abang! Anak kita! Rina sedar tak, Rina perlukan abang?! Bukan Hakam! Anak tu, anak Hazran, Rina. Bukan anak Hakam!” tegas Hazran, mengingatkan Darina akan hubungan mereka yang sebenar.


“Anak ni… anak haram!” balas Darina laju! 


“Darina!” Melengking suara Hazran bergema ke segenap ceruk rumah!


 Sedih! Tercarik sungguh jiwa Hazran dengan bicara isterinya. 


Hati suami mana yang mampu bertahan mendengar cemuhan demi cemuhan yang keluar dari mulut isteri tersayang, sedangkan anak itu wujud berbalut cinta dan sayang? 


Hati suami mana yang mampu menerima bila isteri asyik mengungkap nama lelaki lain, sedangkan dia yang paling berhak terhadap Darina dan anak mereka?


Tak ada! Tapi… Banin Hazran telan semuanya! 


Dayus? Bukan. Tapi, ada asbab disebalik semua duka yang dia telan. 


“Aku rindukan Hakam,” Dan, saat Darina ingin meninggalkan,


“Choose us! Pilih abang dan Husna!” pinta Hazran dengan nada yang terdesak. 


Tak rela untuk melepaskan Darina. 


Tapi… tetap juga Darina memilih untuk pergi, hingga setitis susu pun isterinya itu tak sudi beri pada anak yang baru lahir dua hari! 


Terhenyak, terluka! 


Di mana silap Hazran, hingga Darina tegar melukakan? 


×
WhatsApp