[SINOPSIS]


Megat Iskandar! 


Itu… childhood crush Mya Camila. Perjumpaan keramat satu malam, akhirnya mengikat dia sebagai isteri rahsia, simpanan, dan halimunan lelaki yang dia cinta hampir seluruh hidupnya. 


“By day you’ll be my secretary, by night you’ll be my shadow.  Perkahwinan ni, wajib dirahsiakan. Tak ada sesiapa boleh tahu kita suami isteri. That agreement is for you to agree to keep this marriage as a secret, no matter what happens in the future. Kalau you langgar perjanjian, I saman!” tegas amaran yang keluar dari mulut Megat. 


Belum sempat Mya tanyakan apa-apa, Megat kembali bersuara. 

 

“Bear in mind, perkahwinan kita hanya akan terbatal kalau I sign agreement untuk lafazkan cerai. Dan, you hanya boleh berhenti jadi setiausaha I bila I sendiri tamatkan perkhidmatan. Kedua-dua agreement tu, dah disahkan oleh peguam I, so it’s legal. Any misconduct, will get your ass sued in court!” tekan Megat dengan nada dan raut yang serius. 


Blur! Itu yang sedang Mya alami.  Dia… kebingungan. Belum sempat dia tuntut apa-apa, Megat dah bentangkan semua rancangan.


 Jadi Mya tak tahu, apa sebenarnya yang patut dia lakukan? Apa yang patut dia demand? 


“Macam mana kalau… I tak nak sign agreement ni?” tanya Mya lagi.


“Perkahwinan ni, hanya untuk sementara waktu. I’m taken,” tutur Megat senada. 


Terangkat kening Mya mendengar bicara lelaki itu. Langsung, hati Mya dihurung tanya. Kalau Megat dah berpunya, apa perlunya lelaki itu mengahwininya? 


Accept or refuse?  Dia tak punya pilihan. 


Kerana pada asalnya, memang mereka tak berjodohan. Tapi, entah bagaimana… takdir memilih untuk menemukan mereka dengan cara yang tak pernah terlintas di fikirannya. 


Dalam pada dia dibuai bahagia, menganggap Megat berpunya dusta semata, 


“She threw herself at me!” Berkecai hati Mya mendengar kata-kata yang keluar dari bibir suaminya! 


Apa dia dikahwini hanya untuk difitnah oleh suami sendiri semata-mata? 


Memang jadi isteri simpanan ni, taraf lebih rendah dari orang gaji ya? 


Dan, sejauh mana Oblivious, Megat Iskandar? Buta selama-lamanya, kah? 


Kalau pun dia perlu sedar… untuk siapa? Mya atau Qadira? 


#anisashikali

#obliviousmegatiskandar

×
WhatsApp