Dua bulan, Amara Dalena dikurung oleh Giovanni. Saat dia berjaya larikan diri dari kurungan, Amara ingat terjun ke laut dalam itu merupakan jalan keluar untuknya. 

Mana tahu, terlepas dari mulut harimau, kini dia masuk ke dalam mulut buaya!

Saat mata dibuka, wajah tampan yang menikam pandang buat jantung Amara terperosok ke dalam rangka. Dia kini berada dalam tawanan Leo Alessandro, musuh Giovanni yang paling digeruni di Sicily Italy!

“Perché sei così crudele?” tanya Amara bila teringat betapa kejamnya perbuatan Leo pada dia. 

Dia masih belum sedar! Tapi Leo lemaskan dia di dalam tank tinggi penuh berisi air! Bayangkan apa rasanya bila dia cuba menghirup oksigen saat pertama kali membuka mata, tapi air semata yang menerobos masuk ke dalam hidung dan tubuhnya?!

Sakit!

Kasar dan seksa benar cara Leo menyeksanya. Mujur, nyawa masih panjang saja. Kalau tidak, mungkin dia dah berada di dalam keranda! 

“Mafia memang terkenal dengan kekejaman mereka. Kalau tak nak diperlakukan dengan kejam, kau tak patut muncul depan aku!” tegas Leo dengan mata yang memicing bak helang.

Ya, itu kesilapan Amara yang paling utama. Sekali dia muncul di depan Leo, selamanya sangsi lelaki itu terbina. Kerana bagi seorang mafia, perempuan adalah senjata yang paling berbahaya! 

Nak-nak lagi bila Amara katakan dia mangsa kurungan, tapi tubuh gadis itu bersih daripada sebarang cela, malah tak ada kesan ikatan di pergelangan tangan dan kaki gadis itu. Tubuh semulus itu bagai dijaga untuk seseorang. 

Amara kata, gadis itu anak orang kebanyakan, tapi apa yang akan Leo lakukan bila Giovanni datang menuntut hak? 

Tika itu, kata-kata Diego kembali ke ingatan. 

“Kau dah termakan racun dia!” 

“Indeed, it was a very best poison ever!” 

Menyesal! Leo rasa menyesal dengan jawapan yang dia berikan. Yakinnya ketika itu, mengakibatkan kemusnahan. Sekarang… bila rahsia Amara Dalena terungkai, darah siapa yang bakal Leo tumpahkan? 


×
WhatsApp