🌹#JiwaCintaInara
[SINOPSIS]
Kahwin kerana cinta? Tak!
Kahwin untuk ticked off bucket list? Ya!
Marry a stranger!
Itu goal Malique yang Inara bantu capai. Perkahwinan yang cuma disangka di atas kertas, Malique baja rapi dengan serius.
Tapi bahagia padam bila Inara temukan mesej Malique dengan seorang perempuan.
- But you only married her to avenge me, not because of love. Thus it proves, it’s hard to forget me. So yeah, pity your wife!
Saat itu baru Inara tahu, Malique mengahwininya kerana dendamkan bekas kekasih lelaki itu. Namun bila disoal,
“Ask your heart! Nara rasa abang berpura?” Soalan itu pula yang Malique ajukan padanya.
Kerana cinta, Inara percaya Malique tak berdusta. Tapi dalam percaya, kenapa Inara tinggalkan suaminya?
“Miss, please help me check whether my wife boarded any of your plane? Cinta Inara! Please! She left me without any trace! She left me without telling me anything!” ucap Malique sambil menghentakkan tangan ke meja dengan kuat.
Frust! Bagai orang gila dia cuba jejaki Inara di airport.
“Jangan buat Nara macam pesalah bila abang puncanya!” marah Inara bila Malique berjaya jejaki dia di benua paling hujung dalam peta.
Tanpa sebarang pesan, dan tanpa memandang wajah Inara, Malique terus keluar dari rumah. Dan, tingkah Malique, menyakitkan Inara. Tak faham, kenapa dia rasa nanar ditinggalkan bila Malique yang buat onar?
“Nara nak hidup dengan abang buat selamanya kalau abang sudi terima. Tapi, kalau abang rasa tak mampu nak teruskan hubungan, abang buat keputusan yang terbaik untuk kita,” ucap Inara dalam sebak yang menggila.
Tak semena-mena, kenapa rawan pula Cinta Inara? Bukankah dia idamkan benar perpisahan mereka? Bila Malique beri kata putus, mengapa wujud drama air mata?
Yang sebenarnya, Inara yang dicurangi, tapi mengapa pula pilihan berada di tangan Malique?
Inara yang disakiti, tapi kenapa dia yang merayu pada lelaki bernama suami?
Yang sebenarnya, apa yang dah terjadi di antara mereka? Tak tahu jalan apa yang patut dia pilih, Malique dilemma di antara dua pilihan. Teruskan perkahwinan, atau ceraikan saja Cinta Inara?
Persoalannya, kalau benar Malique menyayangi, kenapa wujudnya cerai buat sang isteri?
#anisashikali
#anisashikalipublication
#jiwacintainara