#GermophobiaQhallefAmzar
[SINOPSIS]
No touching, no kissing, and no intercourse between us!
Itu syarat yang Germophobia seperti Qhallef Amzar tetapkan bila Qhaireen Amaleya usulkan pinangan.
Qhaireen pula, setuju dengan syarat itu dengan satu keyakinan. Lepas kahwin nanti, Amzar akan ditawan kerana lelaki itu cuma takutkan kuman, bukan mati kejantanan.
Malangnya, lain pula yang terjadi usai diijabkabulkan.
“Kenapa kunci bilik ni?” – tanya Qhaireen sewaktu Amzar larikan diri dari bilik pengantin.
“To protect me from unknown germs!”
Bibir, Qhaireen gigit kuat! Unknown germs?! Dia ke? Demi mendengarkan jawapan itu, bertambah sakitttt hati Qhaireen jadinya.
“Habis tu, bila you nak masuk bilik semula? Ni kan, malam pertama kita!” Qhaireen peringatkan hubungan yang baru dimetrai kerana Amzar punya tanggungjawab untuk dilunaskan.
“Tak ada beza dengan malam yang lain,” jawab Amzar dengan nada bagaikan tak ada apa yang penting dan istimewa dengan malam pertama mereka.
Dan, jawapan yang Amzar berikan, buat darah Qhaireen makin mendidih!
“Malam yang lain tu, you memang ada tidur dengan perempuan ke?” tanya Qhaireen bengang.
“Don’t ask such a stupid questions, Reen!” marah Amzar, bila Qhaireen menuduh dia buat perkara yang bukan-bukan.
“Haaa, tahu pun! Maksudnya you sedar, ada beza malam pertama dengan malam yang lain, kan? You tahu, ada nafkah yang perlu you bagi pada I, kan?” soal Qhaireen lagi.
“Tak wajib pada malam pertama,” balas Amzar keras.
Kalau begitulah tindak tanduk Amzar dengan isteri yang halal, bagaimana Germophobia seperti dia berusaha mendapatkan waris bagi empayar Prime Care yang dibina?
Mampukah Qhaireen mengubah Amzar sepenuhnya bila waktu dia bocor dalam kereta lelaki itu pun, habis Amzar jual kereta berjumlah ratusan ribu begitu saja?
“You can't kill me, Reen!”
Dan, saat kata-kata itu menghantui tidur Qhaireen, agak-agak apa sebenarnya yang terjadi dalam perkahwinan mereka?
Kenapa Qhaireen pula yang tak tenteram dengan apa yang terjadi, bila dia hanyalah mangsa suami sendiri?
#anisashikali
#anisashikalipublication
#germophobiaqhallefamzar