🌹#FeignedLoveTengkuRazHayqal


[SINOPSIS]


Tengku Raz Hayqal. 


Dingin. Jinak lelaki itu, jinak-jinak merpati. Tuturnya hanya apabila perlu saja. Selesai menyuarakan apa yang dimahukan, lelaki itu pun usai. 


Tiga tahun menjadi setiausaha lelaki itu, buat Khayra Naina faham tentang sesuatu. 


Mereka… tak sekufu. 


Tapi, kunjungan lelaki itu tiga kali seminggu ke hospital, buat Naina tertanya-tanya, mungkin asbab itu lelaki itu menjauhinya?


“Tengku sakit ke?” Pernah soalan itu ditanya, tapi jawapan yang Naina dapat?


“Saya ada kerja. Jangan lupa, tutup pintu pejabat saya bila awak keluar,” balas Raz senada. Langsung tak punya sebarang niat untuk menjawab soalan Naina. 


Namun, saat Dr. Rusila bacakan sebaris nama penderma organ yang paling sepadan dengan organ yang diperlukan, jantung Tengku Raz hilang denyutan! Tak sangka penderma yang dia cari selama ini, rupanya setiausaha dia sahaja!


Lalu, mampu ke Tengku Raz melayani Naina dingin seperti biasa? 


Bila dia hebahkan niatnya untuk mengahwini Naina, 


“Tengku lupa janji Tengku?” soalan Sadiq buat Tengku Raz Hayqal membisu. 


Entah mengapa, saat raut Naina bergentayangan di mata, hati Raz bagai diserang satu rasa. Bersalah! 


Demi cinta, Naina sanggup berkorban nyawa. Malangnya, tanpa Naina tahu, buah pinggang itu bukan untuk suami nan satu. 


“You were never in love with me,” tutur Naina dengan air mata yang laju menuruni pipi.


Tapi bagaimana rahsia yang Tengku Raz simpan kemas, boleh terbongkar? 


Dan, bila suami dia dah berjanji takkan menuntut organnya lagi, macam mana Naina boleh terdampar di atas stretcher untuk proses organ transplant tanpa izinnya? 


Raz kata lelaki itu dikhianati, sedangkan dia yang berkali-kali dikhianati oleh suami sendiri. 


Lalu bagaimana hati yang dah berkali terluka, mampu lagi membina percaya? Dan, cinta Tengku Raz Hayqal untuknya… benarkah semuanya palsu semata?


#anisashikali

#anisashikalipublication

#feignedlovetengkurazhayqal

×
WhatsApp