BLURB PEMBULI CINTA TUAN ELHAQ

BY AZIYANA S



“Awak tak kenal saya ke?” - ELHAQ.


"Rasanya tuan salah orang. I tak rasa kita pernah berjumpa." - HAIFA.


Pertemuan pertama mereka selepas sepuluh tahun berlalu penuh dengan kejutan. Elhaq dan Haifa sudah ‘tumbuh’ menjadi dua orang insan yang berbeza daripada sebelumnya.


“Dah jatuh miskin ke? Bukan standard awak tinggi ke? Sanggup ke rendahkan diri untuk jadi pembantu rumah? Hari-hari, awak kena sental lubang jamban.” - ELHAQ.


Siapa sangka. Wanita yang dulunya megah dengan status keluarganya yang kaya raya kini telah terjatuh ke dalam gaung yang paling dalam. Keluarga Haifa telah jatuh bankrupt dan mereka terpaksa menanggung kerugian yang banyak.


Dulu tinggal di rumah banglo, sekarang terpaksa tinggal di dalam rumah flat yang penuh dengan lipas. Hidup Haifa benar-benar diuji. Hilang segala keangkuhan yang dia tanam selama ini.


Tuhan benar-benar ada caranya yang tersendiri untuk membuatkan Haifa sedar yang hidup ini tidak selalu indah. 


"Kenapa dengan muka awak?" - ELHAQ.


"Errr, tak ada apa-apa. I.. terjatuh semalam." - HAIFA.


"Terjatuh? Awak biar betul." - ELHAQ.


I dipukul. Puas hati?” - HAIFA.


Satu kejadian telah membuatkan Elhaq berlembut hati untuk memperisterikan Haifa. Mungkin inilah caranya untuk membantu wanita itu daripada masalah yang dihadapinya.


“Saya tahu situasi keluarga pakcik sekeluarga sekarang. Kalau saya jadi suami Haifa, Insya Allah saya boleh tolong langsaikan segala hutang pakcik sekeluarga.” - ELHAQ.


"I tak nak susahkan Tuan Elhaq. Bukan tanggungjawab tuan untuk langsaikan hutang I sekeluarga.” HAIFA.


Bila Elhaq terus berdegil, bagaimana Haifa ingin mengelak? Dia biarkan takdir menulis jalan cerita cinta untuk mereka. Dia setuju juga dengan perkahwinan itu.


Namun, kebahagiaan itu ada pasang surutnya. Bila teman lama Elhaq datang meminta pertolongan, hati Haifa teruji.


“Keluarga Dariah buang dia, sayang. Takkan abang nak biarkan dia sendiri?” - ELHAQ.


Adakah kebahagiaan itu akan kekal buat selamanya? Ataupun mereka berdua akan diuji dengan lebih berat? Sama-sama kita baca kisah mereka dalam nukilan kecil ini.







×
WhatsApp