“So… bila kita nak kahwin?” Itu soalan
yang Azharique tanyakan tatkala tersedar, dia tak mampu hidup tanpa Maira
Elmyra!
“Nanti bincang!”
Hanya kerana jawapan sebegitu diberikan pada dudanya,
“Rapat, keliling saya. Jangan bagi Maira nampak apa-apa.”
Azharique sisihkan Maira dalam kuliahnya.
Perbuatan dudanya itu, buat Maira teringat semula semua
perlakuan lelaki itu yang mencarik luka di hatinya. Terkilan sangat Maira
dengan kelakuan Azharique yang kerap berubah mengikut perasaan!
Dan, bila
dia dah terima nasib tersebut,
“Merajuk? Rasa tersisih? Abang bukan
sisihkan, tapi abang tak boleh ajar Maira eksperimen ni dengan cara yang sama
dengan pelajar lain. Cause… special
one’s, needs special attention!”
Itu pula kata-kata yang Azharique bisikkan
ke telinganya. Bila dia terbuai dengan cinta lelaki itu,
“Answer me, Maira! Kenapa awak tak tahu equation
apa yang define electromagnetism?! Tak faham? Or, you didn’t prepare enough for my class?” Tajam renungan
yang Azharique pasakkan pada raut putih kemerahan bekas isterinya.
Sumpah, Maira tak tahu jawapan apa yang patut dia
berikan. Kerana saat ini, dia sedang keliru. Keliru dengan sikap Azharique yang
menyerang dia tanpa usul periksa.
Sekejap bergaduh, sekejap baik. Normal seperti hubungan
manusia yang lain, tapi bila Azharique bangkitkan usul tentang nikah semula,
“Tak boleh
kahwin. Abang kena stay menduda, sebab status duda ni buat abang nampak
lagi hot dan mengancam!” ucap Maira, tanpa rasa bersalah mempermainkan
perasaan dudanya.
Sumpah, confuse gila! Apa
yang Maira nak sebenarnya? Kalau dulu perkahwinan jadi korban, kali ini, apa
yang Maira rancangkan?
Dan, menjadi duda seelusive
Azharique, berjaya tak dia sandang kembali gelaran seorang suami?