BLURB
“Saya dah bertunang,” beritahu Zulkarnain senafas, saat dia mampu membaca niat sebenar Nayra sengaja mencipta alasan untuk memeriksa degupan jantungnya.
Terkedu! Tubuh Nayra mengeras, asbab terkejut dengan perkhabaran tersebut. Balasannya?
“Saya cuma nak check degupan jantung awak, bukan saya nak check ada cinta untuk saya ke tak,” ucap Nayra sambil memandang tepat pada dada bidang di depan mata.
Itu yang Nayra kata, tapi perbuatan gadis itu berlawanan dengan ucapannya. Tak pasal-pasal, hanya kerana cinta tak dihirau, Dr. Nayra gunakan kuasa veto meminta sesuatu yang payah untuk Kapten Zulkarnain tunaikan.
“10 dates, for one clearance!” Itu yang Dr. Nayra mahu kalau Kapten Zulkarnain nak sertai posting ke unit sniper yang lelaki itu minati.
“Kenapa lepas sepuluh?!” soal Zulkarnain dengan suara di celah gigi. Bengang bila syarat Nayra berubah-ubah. Seolah-olah gadis itu sengaja nak menyusahkan dia!
“Sebab satu date, tak cukup untuk buat awak cintakan saya!”
Gamam! Zulkarnain terdiam mendengar jawapan yang Nayra berikan. Jelaslah di matanya, rupa-rupanya, cinta yang Nayra kejarkan!
Lelah tak dipedulikan, satu permintaan dibuat sepenuh jiwa dan raga,
Boleh tak awak bagi saya peluang rasa dicintai lelaki sesetia awak?
Namun, permintaan semudah itu tak mampu Zulkarnain tunaikan, kerana cinta yang Nayra inginkan berlawanan dengan cinta yang Zulkarnain pertahankan. Nak-nak lagi bila dia dah punyai tunang!
Tapi, adilkah Dr. Nayra dihukum atas kesilapan yang tak dia lakukan?
Agak-agaknya, apa yang berlaku dalam Dirgahayu hingga Kapten Zulkarnain putuskan Dirgahayu, bukan untuk semua orang?
Kerana… hanya yang betul-betul kental saja yang akan berani!
Berani untuk cinta,
Berani untuk berkorban,
Berani untuk berkongsi,
Berani untuk mati!