🌹#CaptainArashNaufal
[SINOPSIS]
“Tak ada peluang langsung ke untuk I?”
Tak sangka, seorang pilot seperti dia akan rasa sebegini kecewa bila cinta yang dia hulurkan pada Dania, ditolak kerana gadis itu cinta mati pada sepupu dia sendiri.
Rentetan kekecewaan yang dialami, tak semena-mena… gadis yang tak bersalah menjadi mangsa. Diminta tolong mengambil gambar, tapi yang Naufal beri selfie dia yang tak bernyawa.
Berdendam dengan kejadian itu, Erysha nekad untuk membalas dendam saat ternampak Naufal menjadi penumpang di dalam penerbangannya dari Dubai ke Kuala Lumpur.
“Sir, please wear your seatbelt,” tegur Erysha tegas, tanpa senyuman.
“I’m wearing it. You should have checked more carefully before assuming I’m not. Do you always rush your safety cabin checks?” Sinis suara yang keluar dari bibir Naufal.
Malah, mimik mukanya juga seakan mengejek dengan riak yang jelek.
“Sir, no phones allowed. Please adhere to the rules,” tegur Erysha lagi, geram bila lelaki itu sengaja memperkotakkatikkan arahan yang diberi.
“It’s on flight mode. Don’t tell me you believe a smartphone can actually bring down a multi-million dollar aircraft?” soal Naufal sinis.
Nafas, Erysha tarik dalam! Dia yang dah rangka rancangan untuk membuli tiba-tiba kembali terkena dengan lelaki yang sama.
Bukan sekali, tapi hampir setiap penerbangan Naufal ada, habis-habis dia dibuli secukupnya.
Lelah! Sampai akhirnya Erysha mengalah.
Yang paling tak disangka-sangka, rupanya lelaki yang digelar cerewet dan jelek itu, rupa-rupanya pilot Emirates!
Captain!
Dan, dia pula selamba gelarkan lelaki itu penjual Saffron!
Arghhhh! Sumpah, Erysha rasa macam nak masuk ke dalam kubur sendiri, alang-alang dia dah gali kubur itu selama penerbangan mereka sebelum ini!
Teringatkan ayat dia semasa menghantar lelaki itu ke business class kelmarin, buat Erysha rasa macam nak cekik leher sendiri!
‘That was so rude!’ jerit hati Erysha yang dah rasa macam nak berlari pulang ke rumah saat ini juga!
Tapi pantang mengalah sebelum ajal, satu cabaran diberikan pada Naufal. Bila lelaki itu datang melamar, akan bahagiakah perkahwinan yang dimetrai tak sampai sebulan berkenalan?
“Come on, timeline dia kena reject dengan I, tak sampai setahun. Takkan you percaya dia jatuh cinta sangat-sangat dengan you? Dia gunakan you untuk lupakan I. Anak dalam rahim you tu, just a rebound for his love towards me, Erysha!” ucap Dania penuh lagak dan bangga.
Dan, bila itu yang Dania sifatkan pada anak yang sedang dia kandungkan, agak-agak apa yang akan terjadi pada perkahwinan yang dibina di Dubai?
Benarkah Erysha Sofea dinikahi sekadar untuk dijadikan rebound love, Captain Arash Naufal?
#anisashikali
#anisashikalipublication
#captainarashnaufal