“Sihir apa
yang kau pakai, sampai ncek berkenan nak jodohkan kita?”
Itu soalan
dan tanggapan Hail padanya. Padahal, semua yang terjadi pada mereka berdua,
adalah kerana kedegilan lelaki itu sendiri.
Dan, dia
mangsa yang sebenarnya! Baru Elnara nak rasa bahagia dapat bergelar isteri
kepada lelaki yang menjadi punca jantung dia haywire,
“Buat hidup
masing-masing, jangan beritahu sesiapa pun tentang hubungan kita!”
Itu pesan
Hail Aidan, pada hari lelaki itu menghantar dia masuk ke Universiti. Walau hati
tak rela, Elnara akur tak punya pilihan. Tapi, bukan mudah berada satu
Universiti dengan Hail Aidan.
Nak-nak
lagi, bila lelaki itu menjadi pensyarahnya!
“Dah
kahwin?” Itu soalan pertama yang Hail ajukan dalam kelas programming C++.
Tapi bila
dia ajukan soalan,
“Kalau
diorang tanya siapa suami El?”
“No need to tell! People don’t go
around, telling who’s their husband really is,” Itu jawapan yang Hail Aidan
beri.
Buntu!
Penat! Lelah Elnara mengikut rentak suaminya. Tak adil, tapi Elnara tak mampu
membantah. Kerana sejak dari awal perkahwinan mereka, syarat Hail tak pernah
berubah!
-
Jangan beritahu sesiapa
tentang hubungan mereka!
Dan, saat
Hail mendahului carta pensyarah paling HOT dan dihargai di Universiti mereka,
tahulah Elnara, mengapa lelaki itu beriya-iya sembunyikan status sebagai
suaminya.
Sakit!
Pahit! Malah, ada rasa cemburu menjalar di hati. Tapi, nak marah pun… tak guna.
Dia tak
boleh halang student perempuan
syokkan suami dia, kerana memang Hail seorang saja pensyarah lelaki yang paling
hot, dan tampan di dalam Universiti
mereka!
Alang dia
pun kecundang, inikan pula semua gadis yang memandang. Telan liur, Elnara
pasrah dengan takdir. Redha!
Terpaksa
redha bila suami yang dia sayangi, menjadi kegilaan ramai! Tapi, bila dia
menerima hadiah yang sama,
“Kau lecturer ke, aku lecturer?!” soal Hail, dengan nada yang menderam geram!
Dan, semua
hadiah itu dibuang, sampaikan kek yang dia teringin nak makan pun… Hail Aidan
tong sampahkan! Serba serbi yang dia buat, semuanya serba tak kena di mata
lelaki itu.
Yang
sebenarnya, apa yang Hail Aidan mahukan darinya? Cinta, atau sengaja mahu
menyeksa? Di akhirnya nanti, bagaimana haluan perkahwinan yang selalu Hail
ratib, tak dia inginkan?