“You pilih Amara, Hayy?” tanya Tiara lirih.

“You cemburu tak bertempat, Tiara. Amara family I, darah daging I,” balas Hayy tegas.

Tiara Irdina tak pernah menyangka cintanya pada Hayy hampir musnahkan maruah dan nyawanya malam malang itu, apabila Hayy tegar memilih Amara, sepupu sendiri berbanding kekasih hati. Dan, Amara begitu licik memperdayakan Hayy. Demi menjunjung ego, Hayy tinggalkan Tiara di kawasan bangunan tinggal, seorang diri hampir tengah malam.

Natijahnya, Tiara secara tak sengaja menjadi saksi satu pembunuhan. Bukan saja nyawanya jadi taruhan, tapi maruahnya juga hampir tergadai. Seksa sampai mati! Itu, misi Roland untuk Tiara! 

“Alang-alang bos nak bunuh dia, bagilah aku rasa body dia sekali. Sementara panas lagi tu,” – Hasif punya cara seronok untuk menyeksa tubuh putih giur itu dengan caranya yang tersendiri. 

“Kau nak bunuh dia jugak ke?” – Putra Elden muncul tepat pada masanya ketika nyawa Tiara hampir-hampir meninggalkan jasad. 

Roland terpaksa akur dengan kehendak Putra Elden. Tiara diserahkan kepada lelaki itu, tanpa banyak soal. Kerana tahu, dia tak akan mampu melawan lelaki itu. Antara mereka, terbelit satu takdir yang mengaitkan mereka secara tidak sengaja. Kebebasan Roland, berkait rapat dengan kebebasan seseorang yang penting kepada Putra Elden. Terpenjaranya Roland, bererti, orang itu akan terpenjara sama!

“You know we can’t go to hospital like this, Doc! Kes ni akan jadi kes polis!- Putra Elden

“Every second you guys spend arguing, the girl’s dying!” David terpaksa mencelah.

Tiara Irdina berjaya diselamatkan tapi Putra Elden bertegas, Tiara hanya akan selamat jika gadis itu menjadi isterinya. Itu yang Putra katakan, tapi yang Putra sembunyikan…

– Nyawa Tiara tetap akan berada dalam bahaya jika gadis itu menjadi isterinya.


×
WhatsApp