“Kita okay, kan?” nada Aurora berbaur curiga. Lalu, wajah suaminya direnung sepuasnya. 

“Okay. I je yang tak okay,” luah Hans, berterus terang dengan apa yang sedang dia rasakan.

“Hans, dah setahun…” 

“Setahun yang tak mudah untuk dilalui,” celah Hans perlahan.

Aurora diam. 

“But, we survived!” kata Aurora kemudiannya, bersama senyum manis di bibir. 

"Survived, tapi I tak pernah tenang. I takut, Aurora. I takut akan kehilangan you lagi," Hans luahkan rasa hati yang sentiasa membelenggu diri. 

Aurora hela nafas panjang. 

"Hans…" 

Mahu mencelah, tapi kata-katanya, dicantas oleh Hans. 

"I tak boleh lupa bayangan you diseksa. I tak boleh lupa betapa I hampir, kehilangan you. I tak boleh lupa betapa lemahnya you masa tu. I tak boleh lupa, betapa hampirnya you bawa pergi Ryan bersama!" ucap Hans, bersama rahang yang terketap kuat. 

Suara yang keluar, di celah gigi.

Penumbuk dikepal, Sakit! Geram! Semua rasa itu bergabung menjadi satu. Terus, tubuh Aurora ditarik rapat. Lalu, dipeluk erat!

Wajah, Hans benamkan pada leher Aurora. Melepaskan semua perasaan yang memberat dalam hati, sambil menghidu bau tubuh yang digilai, sedalam-dalamnya. Bau manis yang tak ada di mana-mana. 

Pejam mata, Aurora lingkarkan tangan ke atas lengan kekar Hans, yang sedang erat membelit tubuhnya. Selesa. Rasa selamat, dalam dakapan suaminya. 

"I tahu…" jawab Aurora, dengan suara sehabis lembut dan tenang, dalam cubaan untuk tenteramkan gundah di hati suaminya. 

"No, you dont! You tak rasa apa I rasa, Aurora…" bisik Hans, di cuping telinga wanita itu. 

Dalam masa yang sama, Aurora dapat rasa, semakin erat pelukan Hans di tubuhnya. Keras nada suara Hans, tegas mengatakan mana mungkin dia berkongsi rasa yang sama. Kerana pada waktu kejadian, dia yang hampir pergi meninggalkan suaminya. 

Aurora bungkam. Hilang diksi. Tak tahu apa yang patut dia katakan, untuk ringankan berat perasaan yang menganggu jiwa Hans. 

"I tak nak rasa macam tu lagi, Aurora!" Angkat kepala, Hans genggam kedua lengan isterinya. Lalu tubuh itu dipusingkan, agar Aurora menghadap ke arahnya. 

Pandangan saling menikam. Hans renung tajam sepasang mata hazel Aurora, yang sedang bergerak-gerak merenung ke dalam matanya. 

"I pun tak nak bagi you rasa macam tu lagi," ungkap Aurora tenang. 

"Promise me, from now on… there will be no secret between us, anymore!" pinta Hans, tegas. 

Tak berkelip dia merenung ke dalam mata isterinya. 

"I promise!" janji Aurora, seikhlas hati.

Sepantas kilat, tanpa amaran, Hans kucup bibir merah itu, usai isterinya mengukir janji. Terkesima Aurora jadinya. 

Terkelip-kelip mata dia, memandang mata Hans yang terpejam rapat betul-betul di hadapan matanya.

Sesaat…  dua saat… tiga saat…   barulah Hans jarakkan bibir mereka. 

"Hans!" Aurora pukul manja peha lelaki itu. Bibir digigit geram, jelas tak puas hati dengan cara Hans metraikan janji. 

"Kenapa? Tiga saat tak cukup lama?" Hans jongket sebelah kening. Mengusik dalam serius.

Membulat besar mata Aurora. Biar benar suami dia ni?

×
WhatsApp