Kebiasaannya, HANS BRYAN yang memburu orang. Kerana dia, orang kanan keluarga D’Maranzano. Mafia yang disegani. Yang ditakuti oleh semua orang. Tapi dalam diam, dia pula diburu oleh seorang perempuan. 

"You patut lindungi I, Hans." Kata-kata Aurora, berjaya memasung langkah Hans ke bumi. 

"Jauhkan diri kau dari aku, Aurora Elena. Aku tak ada masa nak ikut bermain dalam permainan kau. I'm more dangerous than you know.  More dangerous than what your eyes saw."  tegas amaran yang Hans berikan.

"But… danger attracts me," bisik Aurora, cukup sekadar untuk pendengaran sendiri. Apa jadi sekalipun, Hans harus menjadi miliknya! 

“Apa lagi yang perlu I buat, untuk raih kepercayaan you? Nampaknya, tembakan ni tak cukup untuk buat you percayakan I,” Aurora ingat, peluru yang tembus di pinggangnya, mampu mematikan curiga. Tapi, lain pula yang Hans pinta. Perkahwinan! 

“Keep your friend close, and your enemy closer!” 

Dan Hans nikahi Aurora, hanya demi satu misi. Untuk bunuh isteri sendiri! Lepas malam pertama mereka, Hans duduk merenung belakang tubuh Aurora yang sedang lena, bersama pistol di tangan.

"Should I kill you?" Hans pusingkan pistol di tangannya sebanyak satu pusingan. 

"Or should I use you?" Gerakan yang sama, dilakukan. Kali ini, muncung pistol terhala tepat ke arah tubuh Aurora. Bibir Hans menarik senyum penuh misteri. 

Dalam perkahwinan ini, bukan Hans seorang punya misi. Aurora juga punya agenda tersendiri. Betul kata Hans, memang dia adalah ancaman kepada keluarga mafia yang Hans lindungi. 

Dalam pada Aurora ingat dia dah berjaya memanipulasi, sikit pun Aurora tak sedar bahawa Hans dah tahu siapa dirinya, sejak kali pertama mereka bersua. Hans tahu, siapa Aurora Elena yang sebenarnya. Kerana dia, The Undeceivable Hans Bryan! Nothing gets past him!

Masing-masing cuba memperdaya antara satu sama lain. Di akhirnya nanti, siapa yang akan terpedaya? Dan, apa yang akan terjadi bila Hans perlu memilih antara D’Maranzano dan isterinya sendiri? Kerana, setiap pengkhianatan, ada hukumannya. Persoalannya, apa pula nasib Aurora Elena di tangan mafia seperti Hans Bryan? 

×
WhatsApp