Terpegun!
Terkesima!
Terpaku mata DZIL RAYYAN tepat pada wajah jelita gadis yang sedang menuruni tangga. Dalam pada dia kata mahu lihat saja, hati terus bergetar, jatuh cinta dengan DHAMIRA ELISHA.
Itu saat mata berbicara. Tapi, bila Elisha mula bersuara,
Gulp!
“Panas! Panas!” adu Dzil, sebaik saja dia menelan seteguk Vico panas di dalam mulut. Merah dan berair matanya menahan sakit lidah yang melecur!
“Cancel, cancel, cancel!” Itu yang Dzil jeritkan saat keputusan dia, ditanyakan. Tapi, tak sampai sehari…
“Comes tomorrow, I’ll forget about her? Huh!” Dzil mendengus sinis. Menyindir diri sendiri.
Bagaikan disumpah, kifarah… dalam sekelip mata, Allah terbalikkan hatinya. Akhirnya gadis yang dia beriya CANCEL kan itulah, yang dia DAMBA!
Lihat Elisha keluar dengan lelaki tua, sampai kedai makan diugut nak dibakarnya.
Bila Elisha tak mahu tamatkan sesi dating dengan Shaleh, tahan dia pergi beli rotan dan hanger dari kedai dua ringgit!
Dan, saat Elisha tolak pinangannya,
“Kau dah lama hidup ke?” Ini soalan yang Dzil ajukan kepada Elishanya.
Bila Elisha terima lamaran dia, gadis itu dihantar untuk belajar bahasa bisu pula.
“Nak cakap dengan aku, pakai bahasa isyarat je, tak payah pakai mulut,” Ini syarat yang dia kenakan! Masakan gadis yang boleh bercakap, disuruh menjadi bisu? Patutlah pun, Elisha tak mahu!
Tak pernah terlintas di fikiran DZIL RAYYAN, pembaca berita seperti dia, perlu ada misi untuk mengubah gaya a total stranger.Tapi, itu yang berlaku bila dia dipertemukan dengan DHAMIRA ELISHA.
Persoalannya, apa yang ada pada gadis itu, hingga hidup Dzil Rayyan yang berubah? Dalam pada dia laungkan ikhlas, serba tak kena hidup Elisha dibuatnya.
Persoalannya, mengapa? Apa yang ada pada Dhamira Elisha, hingga The Firce Dzil Rayyan, tayangkan semua kuku besinya?