“Bunuh Harsha Marseille!”
Itu arahan yang diterima oleh Cruz Damien. Namun, saat melihat Marseille hampir dinoda oleh enam orang lelaki, pendirian Damien teruji. Ikut arahan, atau selamatkan Marseille?
"Lepaskan dia, kalau tak… tembakan kedua akan kena pada jantung salah seorang dari kau berenam!" arah Damien keras, seraya mengacukan muncung pistol ke arah enam lelaki jahanam itu.
Dan, saat dia memilih Marseille, elok gadis itu menikam dagger di dada Dato Adnan!
“Kenapa kau bunuh dia?!” Sungguh, dia rasa tertipu!
Damien tersilap membuat perhitungan! Malangnya, perhitungan yang dia pilih bukan saja membabitkan kerjaya, tapi hidupnya juga! Tak pasal-pasal, kerana tindakan Marseille, mereka jadi buruan orang-orang organisasi, dan juga pihak berkuasa.
“Jangan berpecah, dan jangan cipta jarak!” Itu yang Damien pesan, namun bukan itu yang Marseille lakukan.
Tanpa peduli pada status buruan mereka, dan juga budi yang Damien taburkan, Marseille tinggalkan lelaki itu, untuk melunaskan dendam yang belum terbalas.
"Jangan sampai aku jumpa kau, Marseille! Saat tu… kau takkan jumpa lagi Damien yang baik hati!" Ikrar Damien, penuh nekad! Berang bila arahannya diingkari!
Saat Marseille rasa dia dah bebas dari cengkaman, Damien kembali menuntut nyawanya!
“Siapa hantar kau untuk bunuh aku?!” asak Marseille penuh rasa ingin tahu, kenapa nyawa dia yang menjadi sasaran pengintip, seperti Damien.
“You tell me! Kau bermusuh dengan siapa, sampaikan mereka dahagakan nyawa kau?” Soalan berbalas soalan.
Marseille terdiam. Mustahil untuk dia kongsikan rahsianya, pada musuh seperti Damien! Kerana Marseille hidup dengan satu prinsip.
Trust no one!
Dan, bila mereka kembali diburu, Marseille tak punya pilihan. Antara Damien dan kehidupan di sebalik jeriji besi, Marseille pilih Damien seribu kali. Prinsip hidupnya terpaksa diketepikan, demi kelangsungan nyawa sendiri.
Namun, apa akan terjadi pada Marseille saat Damien dipercayai?
"Nyawa kau perlu berakhir di tangan aku Marseille! Bukan orang lain!" – Damien
Dan apa pula yang akan terjadi pada Damien, bila gadis itu punyai satu identiti yang lain? Saat kebenaran diketahui, berbaloikah dia korbankan seluruh hidupnya, untuk The Deceitful Harsha Marseille?