Normal bagi manusia untuk melupakan bekas kekasih hati. Namun, malang bagi MIA SOFEA, menjadi EX GIRLFIEND, SYED HAIDAR tak memungkinkan dia berbuat demikian. Kerana, makin jauh dia nak lari, makin dekat pula takdir menemukan. 

“I tak suka you pura-pura tak kenal I,” kata Haidar, bila Sofea pura-pura tak mengenalinya.  

“Itu perkara yang orang normal buat, bila jumpa EX dia semula. You je yang tak normal, siap nak bertegur macam tak pernah buat dajjal dekat kekasih lama!” hambur Sofea, bersungguh-sungguh meluahkan rasa tak puas hati. 

Haidar pamer senyum lagi.

“Benda dah tujuh tahun berlalu, Mia. Why can’t you let go?” Haidar renung sepasang mata kelabu itu dalam-dalam. 

“Sekali hati I tersakiti, I ingat sampai mati!” ucap Sofea dengan suara di celah gigi. 

Automatik, bibir Haidar mengukir senyum nakal, penuh makna. Mata pula, tak henti-henti merenung tepat ke wajah bekas kekasihnya. Dan, senyuman serta renungan Haidar itu, buat Sofea rasa tak selesa. Hati dia bergetar, gila!

“Jadi, untuk buat you lupakan apa yang jadi, I kenalah ubati hati you yang tersakiti ni,” mata Haidar, melirik nakal ke arah dada kiri Sofea. 

Kata-kata itu buat bengang Sofea naik mendadak. 

I don't need you to heal me! Dan, I tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan you. Kalau boleh, I tak nak tengok muka you pun! Once you hurt me, I’ll ignore you so hard… until you’ll doubt your existance!” ucap Sofea dengan suara yang jelas menekan satu-satu patah perkataan, yang keluar dari bibirnya. 

Haidar smirk lagi. Bawa tubuh merapat, kerusi Sofea ditarik mendekat ke arahnya. Merapatkan lagi jurang yang hampir tiada. 

“And… I’ll make you notice me, until you can hardly ignore my existance!” ucap Haidar, separuh berbisik. 

Mata, saling berlaga. Tajamnya, bagai ingin memusnahkan jantung yang berdegup kencang!

Serta merta, semua kenangan mereka dahulu kembali melemaskan jiwa Sofea. Tak boleh dikhabarkan sakit yang dia rasa, bila mengenangkan betapa bergelutnya dia dengan keadaan dan perasaan sendiri, hanya kerana “cuma" Haidar selama ini. 

“Menyesal I kenal dengan you!” Dek kerana terlalu marah, laju ayat ini terlontar dari mulut Mia Sofea.

Haidar ukir senyum. Langsung tak terasa dengan kata-kata yang baru gadis itu lafazkan. Dan, senyum manis Haidar terus menerus buat hati Sofea berdenyut kesakitan. 

“Selain menyesal dan benci, memang tak ada apa lagi yang you boleh hamburkan pada I, kan?” provok Haidar, dengan renungan seakan-akan mencabar. 

Lemas, rimas! Bersungguh Sofea menjauh, tapi Syed Haidar tak berhenti mengejar. Kerana, tempoh tujuh tahun yang lalu, dah cukup-cukup buat dia menyesal melukai gadis itu. Tak cukup dengan itu, benak Haidar juga tak henti-henti diasak dengan satu persoalan. 

What if!

What if, they’re still together for the past seven years?

Dia dah nampak perjalanan hidup masing-masing ketika mereka berpisah dahulu. Tapi dia teringin sangat nak tahu, apa akan jadi kalau mereka memilih untuk bersama semula? Kerana setiap hari yang berlalu, tak pernah sekalipun Mia Sofea jauh dari hatinya. 

Persoalannya, mampukah Haidar menakluk semula hati perempuan yang dah membenci dirinya? Dan, cukup ke tempoh selama tujuh tahun itu, untuk MIA SOFEA melupakan THE ADAMANT, SYED HAIDAR? 


×
WhatsApp