Orang kahwin untuk bahagia, tapi lain pula halnya dengan mereka. Masih bergelar pengantin baru, tapi rumahtangga dingin dan beku. 

"You kata you tak curang. You tak simpan perempuan. Jadi bunga yang you beli pagi tadi, untuk siapa Ez?" Ivy Zalitha menuntut jawapan. 

"Semua ni cuma satu salah faham," Ezuan menggeleng kesal. Tak sangka, niat nak pulihkan rumahtangga sendiri, mendatangkan salah faham sebegini. 

Ivy lelah, habis daya nak pertahankan hubungan mereka bila Ezuan tak beri kerjasama. Bukan dia tak faham syarat yang Ezuan kiaskan, namun dia berkorban untuk lelaki itu juga. Hairan, kenapa kemahuan Ezuan berlawanan dengan kebanyakkan lelaki. Lantas, penceraian dipinta, namun ini pula kata suaminya.

"I akan pastikan, you hidup dengan I sampai maut pisahkan kita!" Itu tekad Ezuan, namun bukti di depan mata buat dia terhenyak kecewa. Ivy curang di belakangnya! 

“Sumpah, Ez! I… I tahu, I tak tidur dengan dia,” rayu Ivy, namun rayuannya tak diendah. 

Yang dia dapat, lafaz cerai yang tak lagi diinginkan. Ivy nekad bawa diri bila kesetiaannya diragui. Namun, kerana anak yang dikandung, dia terpaksa mengemis simpati Ezuan lagi. Silapnya, mana ada suami yang mahu jadi kambing hitam. Kan? 

"Dia tengah mengandung. Kalau bukan anak kau, tak kan anak aku pulak? Sebab aku tak tidur dengan dia, malam tu," kata Zahid bersahaja, bersama tangan naik memeluk tubuh. 

Ezuan terpempan. Kusut kepalanya! Ivy tuduh dia curang, akhirnya dia yang dicurangi Ivy. Dia sangka Ivy curang, tapi ternyata bukan itu yang terjadi. Ada empat mulut yang membawa cerita, yang mana satu harus dia percaya? Langsung tak dia sangka, syaratnya akan kembali memakan diri. 

Lantas, apa kesudahan mereka? Benarkah takdir yang terjadi, angkara Syarat Cinta Ezuan Yazid


×
WhatsApp