Tiga puluh!
Itu jumlah beg yang bersusah payah Lamira pilih untuk memikat hati bakal mertuanya. Saat hati Zalila berjaya ditawan, Lamira mula buat gila. Lagi dua minggu majlis bakal berlangsung, Lamira nyatakan syaratnya.
“I tak nak duduk serumah dengan mertua, Rith,” ucap Lamira, senafas.
Itu, kemahuan setiap perempuan di dunia. Namun, status yang disandang, tak memungkinkan Harith Arman turutkan kemahuan tunang tercinta.
“Macam nilah, Mira. Kalau you rasa,”
“Dah, tak payah nak buat ayat kalau-kalau! You ingat, I tak tahu you nak lepaskan I? I tak terima you nak putuskan hubungan kita, semata-mata sebab I tak nak sebumbung dengan mama you! It’s not worth it, sebab bukan I tak sayang you! I sayang!” celah Lamira laju, sebelum sempat Harith habiskan ayat!
Putus? Tak semudah itu Lamira akan benarkan Harith tinggalkan dia. Tapi, ketika keputusan itu benar-benar dinoktahkan,
“Mark my word. Dalam masa dua minggu ni, you akan datang sujud dekat kaki I, minta I teruskan perkahwinan kita!” Sumpah Lamira, yakin Harith tak akan berani meninggalkannya!
Lelaki yang cintakan dia, yang bersusah payah memikat dia selama empat tahun untuk hidup bersama, tak akan semudah itu membuang dia buat selamanya.
Apa yang terjadi dua hari ini, cuma berlaku atas desakan emosi. Harith tak berfikir dengan waras lagi. Bila Harith waras nanti, pasti Harith akan cari dan merayu cintanya semula!
Itu yang Lamira kata. Tapi, pada hari pernikahan mereka, Harith kahwin dengan perempuan lain pula! Dalam masa dua minggu, semudah itu Harith mencari penggantinya.
“Kalau bukan kerana you, I takkan jumpa Laykha. Jadi, I nak ucap terima kasih pada you, Mira! You bahagiakan I dengan meninggalkan you buat selamanya!” Usai berkata, Harith tundukkan kepala sebagai tanda terima kasihnya pada gadis tersebut.
Naik turun dada Lamira memandang aksi Harith di depannya! Sungguh, dia rasa terhina.
“You tak ikhlas dengan I, Harith Arman! You! Bukan I!” pekik Lamira sekuatnya!
Yang sebenarnya, siapa yang bersalah di antara mereka? Siapa yang menyakiti, dan siapa pula yang dilukai? Dan, status apa yang buat cinta Harith sirna, hinggakan dia mampu membuang Lamira dari hati dan hidupnya, dalam dua minggu saja?
Masing-masing, saling menuding jari antara satu sama lain. Di akhirnya nanti, siapa yang rugi, dan siapa yang akan menyesal? Dapatkan jawapannya dalam… SIRNA CINTA, HARITH ARMAN!