“You dah makan pil?” 

Naik bosan Asmara mendengar soalan yang sama terbit dari bibir Arjuna, setiap hari. Pelik!

“Tak tahulah kenapa, tapi nampak sangat you tak nak I mengandung. You buat I tertanya-tanya, apa akan jadi kalau I betul-betul mengandung nanti?” soal Asmara, sambil menentang tepat ke dasar mata Arjuna yang sedang merenungnya tajam.

“Don’t!” balas Arjuna sepatah, langsung mendengus marah. 

Dan, tingkah Arjuna yang sangat berahsia itu, buat Asmara nekad mahu mengorek rahsia! Satu yang Arjuna tak tahu… dia jenis keras kepala! Perkara yang dilarang itulah, yang akan dia lakukan! 

“You tak nak aibkan bekas isteri, you tak nak kongsi punca penceraian you dulu. Tapi dalam masa yang sama, you bebankan I dengan kesilapan perkahwinan pertama you!” marah Asmara lagi. Dada berombak kasar. Tajam renungan dia memanah raut tampan suami yang sedang memandu. 

Tak puas hati bila dia kena tanggung kesilapan bekas isteri Arjuna Amsyar. Protes, Asmara rahsiakan kandungannya! Konon, bila kandungannya dah membesar, Arjuna akan lembut hati untuk menerima. 

Malangnya, dia tersilap percaturan! Arjuna bawa dia ke klinik pakar sakit puan untuk menggugurkan kandungan! Gila? Memang gila! 

Tapi, bukan semudah itu Asmara akan mengalah! Kerana dia… Cinta Asmara! 

“Cukup-cukup you bodohkan I selama dua bulan ni, Asmara! Patutlah you dingin! Mati-mati I ingat you merajuk dan marahkan I, lepas apa yang berlaku. I beri you ruang sebab nak you terima qada dan qadar, supaya you boleh kembali gembira hidup berdua dengan I! Tapi, dua bulan I tunggu, semua tu tak berlaku! Sebab you masih mengandung, kan?!” bergema ruang laundry mereka, dengan tengkingan Arjuna!

Berang bila kandungan yang disangka dah gugur, membesar dengan elok di dalam rahim isterinya! Dek kerana berang, meluncur keluar kata-kata ini dari bibir Arjuna Amsyar!

“Tak ada doa yang baik-baik untuk you dan budak ni. I akan pastikan, you menderita kesakitan! Macam mana you sakitkan hati I, degil tak nak dengar cakap I, macam tulah you akan rasa sakitnya! I doakan you susah mengandungkan dia, Asmara! Kalau I tak dapat buat you gugurkan dia dalam kandungan you, I doakan dia mati dalam kandungan ni!” sumpah Arjuna, bagai orang tak punya iman dan pedoman!

Tak sangka, sampai ke tahap ini Arjuna sanggup bertindak. Tak dapat matikan anak mereka dengan cara fizikal, Arjuna doakan pula kematian zuriat yang dia kandungkan!

“Baik, kalau itu pilihan you… I terima. Tapi sampai masanya nanti, I akan buat you kalah dengan pilihan I!” ugut Asmara, nekad dengan keputusannya. 

Tak akan dia menyerah bila bukan dia yang bersalah! Tak akan dia turutkan kemahuan Arjuna. Semua ini terjadi kerana satu TRAUMA! Dia akhirnya nanti, siapa yang akan menyerah, dan siapa pula yang akan mengalah? Dan, apa pula pengakhiran… Perih Cinta Asmara?


×
WhatsApp