Hafiy Iskandar kata, malam itu khas untuk mereka. Tak sangka pula, mereka itu, bukan berdua, maksudnya! Bayangkan, empat orang perempuan, date dengan seorang lelaki dalam satu masa yang sama? 

Gila namanya! Kahwin empat pun, belum tentu boleh duduk makan semeja! Tapi, Hafiy seorang saja, yang berani permainkan mereka sebegini rupa!

"You know, Haf. I tak datang sini untuk tengok you bermesra dengan gadis lain depan mata I tau," sembur Syikin, geram. Bila seorang mula berbunyi, semua orang protes sekali.

Malas melayan, Hafiy tinggalkan semuanya sekali. Hafiy tahu, gadis-gadis itu cuma mahukan lubuk duitnya, sedangkan dia benar-benar sedang mencari seorang isteri.

Kerana satu ujian, Hafiy jumpa calon yang dia inginkan. Dia smart, gadis itu tak heran. Dia selekeh, gadis itu kesian. Kerana luar biasanya, cara pikat Hafiy pun berbeza. Beri hadiah, bukan takat LV saja, tapi Mini Cooper dan Penthouse, ya! Namun, puas dirayu dan dipujuk, Mikayla tetap juga gagal ditawan.

“Beritahu, kenapa awak tak suka saya?" soal Hafiy tiba-tiba. 

“Saya tak suka nama awak. Hafiy. Macam anak manja mummy!” Mikayla luah punca utama yang buat dia jarakkan diri.

Hafiy hilang diksi. Penilaian jenis apakah ini? Fedup dengan penolakan Mikayla, Hafiy sendiri undur diri. Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba… Mikayla main kasar menggunakan keluarga.

“Kahwinkan Mikayla dengan Hafiy, kalau tak, Mikayla tak akan kahwin sampai mati!" 

Itulah punca mereka diakad. Demi menyelamatkan, kelangsungan keturunan Dato Mukhriz, kononnya! Bila dah kawin, tempat tidur jadi gelanggang gusti. Mana taknya, mereka berdua seperti magnet. Tak boleh sama-sama suka, menolak terus jadinya. 

Lantas, apa kesudahan cerita Hafiy Iskandar dengan Mikayla Amanda? Bersatu, atau selamanya terpisah?


×
WhatsApp