Niatnya, hanya ingin membeli secawan kopi. Tapi, tak siapa sangka, niat itu akhirnya memakan diri, hingga hidup Valerie Rose berubah tiga ratus enam puluh darjah!
“I want you!” ucap Zayy, senafas.
Valerie sangka, Zayy Isaiah jatuh cinta pandang pertama dengannya. Namun, tebakannya tersasar. Hanya kerana dia pulaukan kewujudan lelaki itu, terus dia menjadi sasaran. Zayy jadikan dia objek tumpuan, untuk lelaki itu obseskan.
"You tahu tak, menculik ni satu jenayah?" soal Valerie semula.
"Pada orang lain, yeah. Tapi, undang-undang tu tak terpakai pada orang macam I," ujar Zayy lagi, sambil merenung penuh makna ke arah wajah cantik Valerie.
Katalah apa saja, tak akan lut pada seorang Zayy Isaiah. Kerana Zayy perlu pastikan, dia berjaya mengahwini Valerie dalam tempoh sebulan untuk menangi sebuah pertaruhan.
Valerie ingatkan, cuma pertaruhan itu yang Zayy rahsiakan. Namun, apa pula kisahnya bila suaminya diakui sebagai tunangan orang? Sepatutnya, Amiya yang Zayy obseskan, bukan orang asing sepertinya. Dek kerana ketamakkan Zayy, Valerie terlepas peluang untuk hidup dengan lelaki yang dia cinta.
“I tak suka kahwin dengan you! I rasa terpaksa! I cintakan Zaidi, Isaiah!" – Valerie luahkan isi hatinya.
"Then, I'll make him die! Tak ada sorang lelaki pun yang boleh miliki cinta isteri I!" ugut Zayy keras. Hati rasa berhahang dengan pengakuan isterinya.
Bagi Zayy Isaiah, Valerie Rose miliknya seorang. Sekali dia dah tandakan haknya, tak ada orang lain yang akan dapat merasa.
"You can never run from me, Valerie Rose!" Ikrar Zayy Isaiah.
Itu apa yang Zayy kata, tapi Valerie nekad mahu noktahkan kisah mereka. Lantas, apa kesudahan kisah mereka, dalam Love game yang Zayy Isaiah cipta?