“I’m sorry! I’m sorry! Aku tak ada niat nak membunuh!” –  tangis Anna Florita

Niat untuk merasai percutian ala-ala Nature Retreat, berakhir dengan tragedi yang sangat mendebarkan. Dia bukan saja hampir dinoda oleh sekumpulan lelaki, tapi dia juga tak sengaja membunuh orang! Natijahnya, Anna ditangkap polis! Puas Anna laungkan yang dia tak bersalah, tapi siapa mahu percaya kata-katanya bila ada bukti yang menunjukkan pembunuhan itu benar-benar dilakukan oleh Anna?

Evian sangka dia sudah menjadi hero, bila berjaya heret Anna ke muka pengadilan. Mana tahu, dalam pada dia berbangga tindakannya benar, rupanya dia sudah buat kesalahan besar. Anna Florita benar-benar tak bersalah!

‘Jadi isteri Evian Caden’. Itulah harga yang perlu dia bayar demi sebuah kebebasan. 

“Terima kasih selamatkan saya. Kalau awak tak ada, mungkin selamanya saya terpenjara,” – Anna Florita

Namun, apa akan jadi pada Anna bila dia tahu Evian Caden, suami yang dianggap knight in shining armor itu rupanya orang yang sama, yang telah musnahkan hidup dan maruahnya dalam sekelip mata? Broke her now, once and for all! – Itu nekad Evian.

“I hate you!” jerit Anna kuat!

“Awak tak boleh benci saya. Awak cuma boleh cinta dan sayangkan saya!” Evian ramas-ramas bibir merah isterinya sepuas hati. The more Anna hates him, the more he’ll make Anna fall harder for him! – Itu janji Evian. 

“Don’t touch me!”- larang Anna keras.

“You’ve promised, that you will love me, forever. No matter what happens, you’ll love me forever!” Evian menagih janji isterinya. Bahagian atas dada kiri Anna ditunjal-tunjal perlahan dengan jari telunjuknya.

“Awak jahat!” – Anna 

“Saya akan pastikan, setiap degup jantung awak, hanya akan berdegup untuk saya seorang saja Anna!” - Evian


Persoalannya, mampu ke Anna Florita mencintai Evian seperti yang dia janjikan pada dirinya sendiri saat perjanjian itu dimetrai? Mampu ke Anna maafkan Evian bila mengetahui punca suaminya bertindak sedemikian? 


×
WhatsApp