Enam tahun Rizman Ukasyah menyemai cinta bersama Ayuni, tiba-tiba, gadis itu berkahwin pula dengan sepupunya, Afiq. Alasan Ayuni? Cinta, kasih sayang dan perhatian yang dia berikan, TAK CUKUP, tak setara dengan jumlah yang Ayuni dambakan.
Bila dia redha dengan jalan takdir hubungan mereka, Ayuni dan Afiq pula sengaja mencari pasal. Sengaja berhasad!
“I tahu you masih sayangkan I, Riz.” - Ayuni
“You mengigau ke? Sleep walking?” sindir Rizman.
Sudah bersuami pun, Ayuni masih menganggu hidupnya. Asyik nak masuk bakul angkat sendiri saja. Naik rimas Rizman dibuatnya, hingga Rizman jadi nekad untuk mencari calon isteri. Bertembung dengan Rumaisya, merupakan satu rezeki buatnya. Rezeki buat Rizman, tapi rasa macam bala bagi Rumaisya pula.
“Encik ni, pandai ambil kesempatan dekat orang yang tak berdaya, kan?” – Rumaisya.
Mana taknya, dia cari kerja untuk dapatkan duit bayar semua kos percutian bersama kawan-kawan ke Switzerland nanti. Maklumlah baru lepas graduasi. Tapi, tak sangka pula Rizman tawarkan gaji enam angka untuk dia menjadi ‘langau’ sahaja.
“Ish, tak naklah!” tolak Rumaisya dengan riak wajah yang tak boleh blah dengan punca utama dia perlu melangsungkan perkahwinan.
“Dapat suami kaya, handsome macam saya, gaji enam angka, lepas tu… percutian ke luar negara disponsor. Tak rasa itu satu bonus ke?” sambung Rizman lagi.
Fikir punya fikir, Rumaisya pun bersetuju. Kerana betullah apa yang Rizman katakan. Tak ada apa yang dia rugikan. Mana tahu, bila dah berkahwin, Rizman jadi terlebih gatal. Bagai nak tercopot dan terpocot jantung Rumaisya, Rizman kerjakan.
Konon, kewujudan Rumaisya, tanda kemenangan Rizman. Tapi, bila Afiq muncul di antara mereka suami isteri, rasa-rasanya, kemenangan ataupun kekalahan yang bakal menjadi milik Rizman? Sungguh tak dapat ditebak kerana… helah Rumaisya, tak terjangkau dek akal.