Setahun, bergelut memikirkan punca dirinya dipinggirkan oleh Shah Rayyan, buat jiwa memberontak dalam diam. ERINA ROSE cuma mahukan persahabatan. Tapi, SHAH RAYYAN berikan dia sebuah perkahwinan! Setelah berhari-hari dikejar oleh Rose, Rayyan ingat dia dah berjaya beri apa yang Rose mahukan. Iaitu dirinya! Mana tahu, sesudah diakad, Rose curang pula! 

“Saya dah beritahu awak dari awal lagi, Rayyan. Saya.tak.nak.kahwin! Saya hanya nak berkawan! Ka…wan!” – Rose 

Rayyan rasa dkhianati. Kerana inilah, dia seringkali mengelak daripada didekati oleh Rose. Kerana wajah yang cantik, hanya tahu menyakiti hati sang pencintanya. Tak salah tanggapan Rayyan pada Rose selama ini! 

“Berapa ramai lagi lelaki yang awak nak goda di belakang saya?” - Rayyan

Rose tahan hati yang sudah berdenyut sakit. Balik-balik, Rayyan tuduh dia kemarukkan lelaki. Hairan, selama ni, ada ke dia tunjuk yang dia tergila-gilakan Rayyan? 

 “Dekat dahi saya ni, ada tertulis kata-kata yang saya ketandusan kasih sayang lelaki ke? Tak ada, kan? Dah tu, apa yang buat awak yakin sangat yang saya ni kemarukkan awak?” – Rose

Semakin hari, Rose semakin berani mencabar dan membangkitkan kemarahannya. Yang paling Rayyan tak boleh terima, bila Rose beri bayangan hak yang tak sempat dirasmikan, sudah diserahkan kepada lelaki lain. Lantas, Rayyan beri apa yang Rose mahukan. Penceraian!

“Kenapa ceraikan saya?!” marah Rose, bagaikan baru tersedar dari mimpi. 

Fikiran Rayyan bercelaru dengan tingkahlaku dan penerimaan Rose. Wanita ini minta diceraikan, bila dia dah tunaikan, Rose tanya pula kenapa dia lafazkan? 

“Awak kejam, Rayyan! Awak tiduri saya, kemudian awak ceraikan saya?!” – Rose dihimpit takut! Bagaimana kalau Rayyan tak mahu rujuk? Apa akan jadi pada dirinya?

Siapa yang berkata benar? Rayyan atau Rose? Siapa yang lebih kejam? Rayyan, atau Rose? Heartless Shah Rayyan, akan menyingkap rahsia siapa yang tersakiti di antara mereka.

“Before I’m someone you leave behind, I’ll break your heart so you don’t break mine!” ucap Rose perlahan. 

Just so you know, Rayyan! Izmir tak kisah saya janda atau tidak. Lelaki zaman sekarang, tak kisah jika perempuan yang disukai dah disentuh orang. Kalau mereka dah sayang, mereka sanggup terima wanita itu seadanya,” bakar Rose lagi.


×
WhatsApp