Malam pertama, sepatutnya menjadi malam paling bahagia buat pasangan yang baru berkahwin. Tapi, lain pula yang jadi pada DELIA YASMINE. Malam itu, menjadi malam yang paling malang baginya, bila muka dia berubah menjadi cacat dengan tiba-tiba.
Dia sangka, Arsyad merupakan tempat dia bergantung harap. Mana tahu, suami sendiri berubah laku. Cinta Arsyad pudar seiring dengan kecantikannya. Tak cukup dicaci hina, dia diarah memakai jubah dan purdah, malah diharamkan menunjuk wajah pada suami sendiri.
“Ceraikan I, Yad,” pinta Yasmine, lirih.
“Tak payah ajar aku. Aku tahu bila nak ceraikan kau! Aku nak tengok, lelaki mana yang sanggup kahwin dengan perempuan hodoh macam kau!” sinis Arsyad lagi.
Tiba-tiba, Yasmine dihambat kecut dengan kemungkinan dia akan hidup seorang diri, tanpa diterima oleh mana-mana lelaki. Lantas, dia nekad mahu pertahankan perkahwinannya. Kebencian Arsyad cuba dilenturkan.
Malangnya, Arsyad hadiahkan dia kecurangan. Di depan mata sendiri, Arsyad berzina dengan ramai perempuan. Patah jiwa, patah hati, Yasmine bangkit ubati diri sendiri.
“Bukak purdah, I rindu nak tengok muka you,” arah Arsyad.
“No Yad, I ingat apa yang you cakap. You tak izinkan I tunjuk muka buruk ni depan you.” Yasmine pulangkan semula kata-kata lelaki itu dulu.
Tapi Arsyad tak peduli. Padanya, Yasmine cuma mahu larikan diri. Dia nampak mata Yasmine dah cantik seperti asal, mana mungkin wajah itu masih hodoh lagi, kan? Tapi jangkaannya, silap.
“Hei, buruk lagi muka kau ni! Aku rasa, muka kau makin memburuk bila mata kau membaik!” cerca Arsyad jengkel, sebaik purdah isterinya ditarik!
Tak sanggup bertahan, Yasmine minta pertolongan Ardin Yazan. Dan, harga satu pertolongan itu, adalah perkahwinan. Dah terlanjur berjanji, tak mungkin Yasmine mungkiri.
Cuma… saat malam pertama mereka, jantung Yasmine bagai mahu terhenti bila reaksi Yazan sama seperti yang dilalui dengan bekas suaminya dulu.
“Yaz, say something. Jangan buat I takut!” pinta Yasmine, dengan suara yang tertahan-tahan. Tak dapat tidak, bayangan hitam di malam pertamanya dulu, mula mengasak fikiran.
Yazan kata, sanggup terima buruk baiknya. Persoalannya, benarkah yang apa yang dikata? Atau, Ardin Yazan juga sama macam bekas suaminya, yang cuma gilakan kesempurnaan dan kecantikan?