LUGGAGE DELAYED. 

Itu alasan yang DUNYA JUWITA gunakan, untuk elak pulang ke rumah sendiri. 

Dan, selama tiga hari menjadi penghuni KLIA, kelibat seseorang mencuri tumpuannya. 

“Makanlah, I teman.” 

Hanya kerana dia tak boleh tengok orang makan sendirian, simpatinya menjadi asbab takdir dia bersilang dengan CARL EVANS. Business tycoon, yang berusia empat puluhan! 

“Do I looked that pity?” soal Evans lagi. Wajah Juwita direnung keliru. 

Dalam pada dia tertanya-tanya tentang motif gadis itu mendekatinya…  tiba-tiba, dia rasa tercabar melihat Juwita rapat dengan seorang lelaki dalam satu kenduri. 

“I jauh lebih hebat dari dia, dalam segala segi. Why didn’t you choose me?” soal Evans tak puas hati.

“Kenapa I perlu pilih you? Kalau betul I nak kahwin, baik I kahwin dengan orang muda macam Stefan!” 

Punyalah dia nak elak untuk berkahwin, sampai sanggup tidur di KLIA selama tiga hari, tiba-tiba kena pilih lelaki tua macam Carl Evans? Tak naklah!

“Kalau you kahwin dengan lelaki yang sama baya ni, diorang mesti akan tuntut you commit dengan perkahwinan korang. Tapi, kalau you kahwin dengan lelaki berusia macam I, mana tahu esok lusa I mati, you jadi janda jutawan!” ucap Evans, sambil tersenyum manis. 

Tempted! 

Tawaran Evans diterima, bukan kerana duit. Namun, kerana janji yang Evans tak akan menyentuhnya. 

Malangnya, malam pertama mereka, Carl Evans minta anak pula! Segala janji yang Evans tabur, rupanya tipu semata. 

“Memang kahwin dengan lelaki berusia ni, liciknya lain macam ya?” perli Juwita. 

Evans ketawa galak. Terhibur dengan soalan isterinya. 

“Apa yang liciknya?” Walau faham maksud Juwita, tetap juga Evans mahu menyoal.

“Asyik kena tipu dari awal! Mentang-mentang you dulu makan garam!” cemuh Juwita lagi. Sakit hati sungguh dengan Carl Evans. 

Dan, jalan yang terbaik untuk get even, adalah revenge! Namun, berjayakan Juwita mengenakan lelaki selicik Carl Evans? 

Pada mata dunia, Evans adalah Tycoon Bisnes. Di sebalik gelaran gah itu, rupanya dia menyandang tiga status. 

Dan, setelah semuanya terbongkar, agak-agak,  apa yang akan Dunya Juwita lakukan, bila dia bersuamikan The Womanizer, Carl Evans? 


×
WhatsApp