Sepatutnya, bila suami isteri jadi business partner, semua urusan syarikat akan berjalan dengan lancar dan mudah. Tapi, sebaliknya pula yang terjadi pada QAAID EDRIAN dan BUNGA IRIS.
Dek kerana tak mahu hilang kepercayaan klien, rancangan untuk bercerai terpaksa disimpan rapi, sedangkan setiap hari pejabat jadi medan perang mereka suami isteri.
“Kenapa you ambil projek Red Sanctum?!” Bergema suara Edrian di dalam ruang bercat putih itu.
“The same reason you ambil projek Saima Corp. Nak bankrup, bankrup sama-sama. Mana boleh you seorang je yang musnahkan harta I,” jawab Iris mudah.
Namun, benarkah itu yang Edrian cuba lakukan bila EDRIAN HOLDINGS dibina dari titik peluh dia sendiri? Mustahil, kan? Itu, cuma apa yang terjadi di siang hari. Malamnya, saban hari rumah menjadi medan menyemai cinta dan kasih sesama mereka.
“Orang nak bercerai, tak bermesra setiap malam macam kita, Ed,” perlahan suara Iris menyapa sunyi kamar mereka.
“It’s not official yet,” balas Edrian.
“Kalau I mengandung, macam mana?” sengaja Iris menduga.
“You said, you’ll be fine without me?” Soalan Edrian, buat Iris hilang diksi. Hilang terus suaranya, bila dia termakan kata-kata sendiri.
Secara logiknya, mana mungkin dia akan okay bila dia bakal hilang seluruh jiwa dan raga, sebaik saja mereka berpisah nanti? Kerana… Edrian cinta dia, sampai mati!
Tapi, Iris tak boleh berundur daripada kata sepakat. Dah itu yang mereka persetujui, itulah yang akan terjadi. Nak-nak lagi, bila Iris dapat tahu punca sebenar Edrian benarkan Saima Corp bernaung di bawah mereka.
“Lepaskan I, Ed. Ceraikan I! Habiskan semua projek yang berjalan ni dengan cepat, kejar deadline. Jangan terima sebarang projek baru. I nak bebas dari you,” putus Iris, tanpa pedulikan nasib anak yang berada tiga bulan dalam kandungan.
“Aku tak fahamlah. Sama-sama sayang, sama-sama cinta, tapi kenapa masih nak berpisah?” Tia yang menjadi saksi perbalahan suami isteri ini pun, pening dengan perangai keduanya.
Tak pernah lagi dia jumpa suami isteri macam Edrian dan Iris. Sayang, cinta, tapi memilih untuk berpisah daripada hidup bersama.
Hairan! Ada apa dengan Bunga Qaaid Edrian, hingga rumahtangga mereka menjadi taruhan? Kalau benar cinta mereka sempurna, apa yang kurang hingga hari-hari Iris meminta cerai?