Hanya kerana kebaya nyonya yang tersarung di tubuhnya, dia dituduh menjual tubuh kepada Warith Akalil. Namun, tak ada siapa pun tahu… kebaya yang sering dipakai, hanyalah untuk menghidupkan ‘Memori Khoo’.
Dan, selama dia diganyang dan diganggu oleh anak-anak Warith, hanya Dzaref Ilman yang berpihak kepadanya, seratus peratus! Lantaran itu, cepat saja Aysara bersetuju bila Dzaref melamar!
“Awak tak menyesal ke? Belakangkan keluarga awak, semata-mata untuk kahwin dengan saya,” Aysara lontarkan soalan yang kerap bermain di benaknya.
“Someone must put a stop to all of this madness! Kau tak nak beralah, adik beradik aku pun tak nak beralah. Jadi, aku beralah. Tak ada erti sesal kahwin dengan kau. It has to be done. Kalau tak, tak mustahil korang akan berbunuh antara satu sama lain.” Tegas Dzaref buat sekian kalinya.
Baru saja Aysara mengangkat Dzaref menjadi hero di matanya, Aysara dihalau selepas SEHARI bernikah! Tak sangka, Dzaref yang sentiasa menjadi pelindung, berubah dalam sekelip mata!
“Awak gunakan saya Dzaref Ilman!” teriak Aysara, menggigil hamburkan rasa tak puas hati!
“Blood before relations,” jawab Dzaref mudah.
Kalah! Kalau itulah jawapan Dzaref, memang kalah habis Aysara! Cakaplah apa pun, mana mungkin dia bersaing dengan darah daging lelaki itu?
“Kalau villa ni asbab kita kahwin, kenapa awak sentuh saya semalam, Dzar?!” tanya Aysara, keliru!
“Untuk dapatkan jawapan, samada kau dara atau bukan! Aku nak tahu, betul ke kau tak tidur dengan arwah papa aku, untuk dapatkan Bourgainvilla!” jawab Dzaref, tanpa rasa bersalah!
Terdiam terus Aysara! Hati retak sejuta! Tak sangka, rupanya Dzaref miliki keraguan yang sama dengan adik beradik lelaki itu! Dzaref sangka dia dah tidur dengan arwah Warith dahulu!
Dalam sekelip mata, dunia Aysara berputar tiga ratus enam puluh darjah! Sangkanya, Bourgainvilla akan hadiahkan dia pelangi yang tak pernah dia miliki. Rupanya, memiliki Bourgainvilla, menjadi asbab nyawa dia menjadi galang ganti!
Sama-sama mempergunakan, sama-sama punya tujuan, namun kenapa Aysara yang paling terluka dalam segala hal? Semua orang katakan, ANGKARA AYSARA, semuanya berantakan! Namun, benarkah semuanya berpunca daripada Aysara? Atau… ada rahsia yang tak Warith khabar?