Selama dia menjadi Detektif, tak pernah ETHAN jangka satu hari nanti dia akan menyiasat kes pembunuhan yang melibatkan isterinya sebagai suspek. Saat dia yakin Eden bukan pelakunya, ID dan cap jari wanita itu ditemukan sebagai bukti utama.
“Why did you kill him?” soal Ethan, dingin.
“I tak bunuh dia! I don’t even know him! Please Ethan… you have to believe me!” rayu Eden, dengan penuh pengharapan agar Ethan tak termakan dengan bukti yang jelas nyata, merupakan satu penipuan.
Dalam was-was, Ethan termakan kata. Kerana dia tahu… Eden Natalia is not capable of murder!
Tapi, dalam pada dia yakin isterinya tak mungkin mampu membunuh, Ethan temui satu rahsia yang langsung tak Eden sebut!
Dinner date!
Mangsa pembunuhan itu merupakan lelaki yang sepatutnya keluar dengan isterinya pada malam kejadian!
Saat tahu akan hakikat tersebut, kepala Eden berpusing macam gasing. Kerana lelaki yang patut keluar dengan dia adalah James, bukan Benedict seperti nama victim! Pening!
Bila semua kenyataan dan bukti saling bercanggah antara satu sama lain, Ethan buntu. Tak dapat tidak, dia terasa seperti dipergunakan oleh isteri sendiri.
“Fikir logik, Ethan. Kenapa I nak bunuh lelaki yang baru I nak jumpa buat pertama kalinya? It doesn’t make any sense! You have to believe me!” tekan Eden, mengharapkan sokongan dan kepercayaan suaminya.
“I dah tak tahu yang mana satu patut I percaya! Sebab… I believe you wouldn’t hurt me, but you did! So, tell me Eden, what more should I believe?!” soal Ethan, sambil memandang tepat ke dalam mata isterinya.
Kusut! Nak-nak lagi bila Eden punya alibi yang mencukupi, membuktikan bukan wanita itu suspek yang dicari.
Agak-agak, apa sebenarnya yang terjadi? Alibi Ethan Barnes, menjadi saksi terungkapnya satu misteri.