You wouldn’t know what’s gonna hit you!

Akhirnya, ayat itu benar-benar jadi kenyataan. Ethan sangka selamanya bahagia akan menjadi milik dia dengan Eden. Tapi, lain yang dia harapkan, lain yang mendatang.

“Tolong I, Ethan… I nak hidup I yang dulu. I nak bebas,” rayu Eden dalam tangis. Erat dia mencengkam dan menarik baju di dada suaminya, saat sendi mulai longlai. 

You will! I akan pastikan, you dapat semula kehidupan you yang dulu. You akan bebas, sayang. I akan usaha sedaya upaya, untuk you rasa selamat semula. I promise!” 

Itu, janji yang Ethan ukirkan pada isterinya. Tapi, semudah itu ke dia mampu bebaskan Eden Natalia? Tapi, terkurungnya Eden, kerana apa? Kerana berkali-kali Eden akui, bukan dia pembunuh Benedict!

Dalam pada Ethan jalankan misi untuk membebaskan isterinya, kejujuran dia pula diuji!

“How could you do this, to me?!” tangis Eden lagi. 

“I’ve done nothing, other than loving you only!” amuk Ethan, bengang bila Eden menuduh dia lakukan perkara yang tak dia lakukan. Dan kerana satu pertuduhan, Eden tergamak pergi meninggalkan. Sekali lagi… dia dilukakan!

“I trust her! All I did was trusting her! Aku percayakan dia, saat semua orang yakin dia pembunuh Benedict! Tapi, kenapa dia langsung tak percayakan aku?!” luah Ethan, dengan nada yang sangat kecewa. 

“Aku dah kata, dia tak layak untuk kau Eth. Kau tak patut terima dia semula. Tengok apa jadi sekarang ni? Kau duduk dalam bar yang sama, meratap untuk perempuan yang sama. Kalaulah kau dengar cakap aku, kau takkan hadapi semua ni lagi,” ucap Leah, jelas kesal dengan apa yang berlaku. 

Betul ke, apa yang Leah katakan? Eden Natalia tak pantas mendapatkan peluang kedua dari Ethan Barnes?

“You suruh I percaya you tak pernah curang dan tidur dengan James, I did! Now, it’s your turn!” Hanya percaya yang Ethan pinta, tapi yang dia dapat pandangan yang jelas-jelas meraguinya. 

“Kalau susah sangat you nak percayakan I, kill me!” arah Ethan, dah bersedia untuk menembak tepat ke jantungnya! 

Lalu, apa yang Eden pilih? Bunuh, atau percayakan suaminya? Alibi, Ethan Barnes 2, bakal menyingkap… The Hidden Truth!


×
WhatsApp