Hanya kerana Mystique Mirage, Nazneen Naisha perlu bersusah payah tunaikan tiga syarat yang paling mengerikan buat seorang penakut sepertinya.

Tangkap ayam, bagi lembu makan, dan berus bulu kuda!

Gila! Tak pernah hidup dia buat kerja-kerja sebegitu rupa.

Syarat yang Naisha ingat, dia boleh tunaikan semudah kacang, jadi asbab utama kekalahannya.

“Balik. Aku tak rasa, kau mampu tunaikan semua syarat yang aku letak,” garang suara Shahredza, menerjah ke dalam telinga.

Automatik, mati renungan nakal Naisha.

“Tak nak, saya refuse untuk mengalah. Bagi saya syarat lain!” Naisha berdegil.

Dan, kerana kedegilannya,

“Jangan jatuh cinta dengan aku!” Shahredza keluarkan senjata yang paling ultimate!

Terdiam! Kali ini, bibir Naisha terkemam!

Saat ini, baru dia sedar, syarat-syarat awal Shahredza rupanya lebih senang!

Kerana syarat yang terakhir ini, memang payah nak ditunaikan!

‘Hide your feelings! Don’t confess! He’ll never know about it!' teriak hati Naisha.

Cakap memang senang. Tapi, sejauh mana Naisha yakin, dia akan berjaya menuntut hak dan menipu The Minacious Shahredza bila...

Malam pertama mereka, dia dah sibuk mengira ketak-ketak di abdomen suaminya?

“It’s soooo obvious, Nazneen Naisha!”

Dan, bila yang paling ketara itu Shahredza utarakan, agak-agaknya... apa yang Naisha akan lakukan? Menyerah, atau melawan?


×
WhatsApp