Hanya kerana dia meminta duit Faris Zahwan, dia terpaksa berkahwin dengan Farrel Dzafran! Kalau tahu Faris tak mampu membantu, sumpah tak akan dia buka mulut untuk meminjam duit lelaki itu.
Ikutkan hati, memang tak ingin Maya Qistina bersuamikan lelaki berangin dan beku macam Farrel. Bayangkan… pertama kali bertentang mata, ini ayat yang Farrel katakan padanya.
“Kau nak aku langgar Axia kau ni, ke?”
Usai alihkan kereta, Maya ingatkan masalah dah selesai. Tapi… dia dihalau pula oleh lelaki itu! Tak sangka, niat dia datang untuk meluah beban, bertukar disaster! Malunya muka, rasa macam nak menyorok bawah gazebo!
Tapi, kerana seratus ringgit yang bersisa di tangan, terpaksa juga Maya terima lamaran. Pada Maya, lebih baik dia berkahwin dengan Farrel daripada kena jual di sempadan!
Itu kisah sebelum kahwin. Nak tahu apa jadi pada malam pertama?
“Kau nak lari sangat, kan? Lari!” arah Farrel, dengan intonasi yang tegas dan garang.
Tak pernah dibuat orang, malam pertama pengantin perempuan kena lari sepadang! Bila dia berkeras, ini pula ugutan yang Farrel berikan.
“Baik kau lari sekarang. Kalau bola ni kena dekat kau, aku takkan lepaskan kau walau sesaat!” ugut Farrel sambil mengukir senyuman paling evil!
Ingat Farrel main-main? Tak… Hanya kerana dia isteri Farrel Dzafran, bukan setakat kena lari, tapi kena tendang dengan bola sekali!
Gila? Sangat gila!
Yang lagi gila, perangai Farrel selepas berkahwin dengannya! Dalam garang dan beku, Farrel tunjuk sisi mesra. Sampaikan Maya jadi tak tahu, mana satu dia nak percaya!
Bila dia menjauh, Farrel merapat. Bila dia letak jurang, Farrel mendekat. Bila dia beku, Farrel menggoda.
Dan, bila dia tergoda… Farrel sentap perasaannya!
Agak-agak, apa akan jadi pada perkahwinan mereka bila Farrel sangat inconsistent dalam segala tingkah laku lelaki itu? Satu soalan yang Maya nak sangat tahu!
The Devious Farrel Dzafran. Is he’s an angel, or a devil in disguise?