Sangka Akashah, bila Anggun dah diberhentikan dari kerja, isterinya itu akan kekal di rumah sentiasa. Namun, semenjak mengandungkan kembar, Anggun dah pandai keluar rumah senyap-senyap tanpa izinnya!
“You nak I bina shopping complex dekat dalam rumah kita?” tanya Akashah, serius.
“Kalau I nak, you betul-betul bagi ke?” duga Anggun, bersama kedua kening terjongket ke atas.
“Anything for my Zea!” jawab Akashah. Ada lunak dalam nadanya. Tanda dia memang benar-benar memaknakan apa yang dia kata.
“Tapi kalau you buat shopping complex dalam rumah, nanti I dah tak ada alasan nak keluar. You ingat I tak tahu, tu taktik licik you nak kurung I dalam rumah?” soal Anggun, dengan mata yang dah dipicingkan!
Dia dapat baca niat Akashah!
Lelah!
Sejak mengandungkan kembar, sikap dominant dan protective Ithnain Akashah, makin menjadi-jadi! Dan, Anggun juga tak kurang hebatnya. Semenjak berbadan tiga, sikap memberontak dan degilnya, berganda.
Lantas, bagi memujuk hati isteri tercinta, Akashah bawa Anggun bercuti di Bali. Balik saja dari Bali, Akashah ditimpa bala. Isteri tercinta dah pandai mengidam nak keluar dengan lelaki!
“Don’t you dare to asked me that again!” tegas dan serius Akashah memberi amaran.
Tajam pandangannya menghunus ke dalam mata bundar Anggun, bagaikan hulu pisau!
“I bukan sengaja nak keluar dengan lelaki lain. Tapi memang betul-betul mengidam! Dari Bali lagi I tahan, tahu tak? Kalau betul I merenyam, I tak tahan keinginan tu lama macam ni.” Beranikan diri, Anggun lepaskan rasa yang terbuku di hati.
“Zea!” teriak Akashah, dengan wajah yang menyinga. Marah! Anggun direnung bagai mahu ditelan hidup-hidup!
“I tak peduli you marah ke tak. I nak jugak!” sebut Anggun satu persatu, dengan gigi yang terketap kuat.
Renungan tajam Akashah ditentang berani.
“No!” bidas Akashah, tetap dengan keputusannya. Tak ada kompromi!
“Fine! Selagi I tak dapat apa yang I nak, jangan harap I akan bercakap dengan you!” ugut Anggun, lalu dia bingkas bangun dari katil.
Merajuk! Kali ini, dia tak akan mengalah. Apa nak jadi, jadilah! Dia tetap nak keluar dengan lelaki lain!
Akashah pandang belakang tubuh Anggun yang semakin menjauh, dengan mata mencerun tajam! Buku lima, terkepal kuat!
Dia cukup tak suka Anggun keluar dari kamar ketika mereka sedang berbalah. Namun, dek kerana terlalu marah dengan permintaan isterinya, Akashah tak dapat pujuk diri untuk beralah.
Selalunya, perangai mengidam pelik-pelik ni, hanya dibaca di media sosial. Tak sangka, perangai yang sama terkena pula pada isterinya.
Dan, Ithnain Akashah sangat terkenal dengan rasa cinta yang tinggi melangit, buat Anggun Zea. Rasa-rasanya, kali ini… macam mana Akashah selesaikan masalah?
Dan, apa pula yang akan terjadi, jika apa yang diidam, tak berjaya Akashah penuhi? Sanggup ke Akashah hadapi silent treatment yang Anggun beri?
Akashah kata, cinta sampai akhir nyawa, lantas… akan bahagiakah mereka, buat kali yang ketiga?