“Aniar, huh?!” 

Terpejam mata Thea Raina, saat penipuannya terbongkar! 

“Kenapa tipu saya, Raina?!” soal Ian, dengan nada yang keras!

Dan, Raina mula dihunjam rasa bersalah! Asbab utama dia menipu, adalah kerana malu. Selebihnya, kerana tak mahu Ian kecewa. 

“Awak tahu, awak boleh berharap pada saya. So, why didn’t you?” soal Ian lagi, sekaligus mengimbau episod empat tahun lalu. 

Diam. Lidah Raina kejung di lelangit! Hanya mata saja yang kekal menentang raut serius Ian di depan mata. Sejujurnya, bukan dia tak pernah rasa nak bersandar pada bahu Ian, tapi dek kerana tak mahu menjadi beban, maka Raina lepaskan Ian dari hidupnya. 

Namun, siapa sangka, asbab Ian tak pernah melepaskannya buat hidup dia kembali huru hara. 

Bila dah bergelar siswazah, baru Raina tahu betapa terseksanya punya pensyarah yang HOT seperti lelaki itu! Nak-nak lagi, bila Ian galak menyakat dia di dalam kelas! 

“Awak semua, kalau tak tahu selesaikan masalah, jangan mengorat saya macam Thea Raina!” 

Ya, itulah gayanya bila dia menjadi student suami sendiri. Memang susah dia nak fokus bila pensyarah elok nak mati! 

Baru sekarang Raina faham, kenapa Ian Adrian jadi igauan semua pelajar perempuan. Ian bukan takat kacak dan tampan kosong. Tapi gaya, dan pembawakan suaminya ketika mengajar, buat hati cair dan tergoda dengan personaliti dan karisma lelaki itu. 

You owned me, Thea. Apa yang distracted sangat? Thea dah dapat pegang, bukan takat boleh pandang,” ucap Ian, sambil menguntum senyum nakal. 

Itu kata Ian, tapi yang Ian tak tahu…

His hotness in class is too much to handle! 

Bila Raina berkeras nak tukar lecturer bagi subjek Calculusnya, Ian bantah niat itu sekeras-kerasnya. 

“Habis, kalau Thea failed, macam mana? Abang nak Thea repeat paper Calculus ni ke?” Bila minta cara baik tak berhasil, Raina mulakan sesi ugutan. 

Repeat, Thea jumpa abang lagi. So, Thea pilih. Nak sengsara berapa sem dengan lecturer yang hot ni!” Lantas, Ian kenyitkan mata. 

Bayangkan… betapa susahnya menjadi isteri Mischievious Ian Adrian?! 


×
WhatsApp