Hanya kerana dia menolak lamaran MAZWEEN HASHARA, hidup AYAAZ FERRAN berantakan seluruhnya. Bayangkan, billionaire macam dia pun kalah dengan gadis yang tak punya apa-apa. 

Hashara tahu, Ayaaz Ferran bukan untuknya. Dia tahu, mereka tak sekufu. Tapi dia dah terlanjur cinta.  Lalu, apa lagi pilihan yang Hashara ada, selain menabur FITNAH CINTA?

"Will marriage calm the skandal?" soal Ayaaz lagi. Was-was. Pada dia, skandal tetap skandal. Buatlah apa pun, mulut orang tetap akan bercakap selagi mereka punya modal untuk bergosip. 

"Dia nak Ayaaz, kan? Marry her! Dia cuma akan dapat Ayaaz atas kertas saja. Sebab, you'll be the husband that she can never have!" putus Dato Jazir, nekad. Hashara perlu dimusnahkan, sebelum gadis itu musnahkan mereka. 

"Kau ingat apa janji kau pada aku dulu?" soal Ayaaz, sebaik saja upacara membatalkan air sembahyang selesai. 

"Saya janji, tak akan tuntut apa-apa dengan awak." Itu apa yang Hashara janji. Namun, bila dia dah miliki Ayaaz sebagai suami, Hashara mula rasa tamak. 

“Saya nak hak saya,” pinta Hashara, tanpa segan silu. 

Dah terbalik! Patutnya, Ayaaz yang ucapkan ayat itu, bukan dia. Tapi, ada sebab kenapa Hashara meminta. Dia cuma nak jadi isteri Ayaaz yang sebenar-benarnya, sebelum mereka berpisah buat selamanya. 

“Aku tak sentuh orang yang aku tak cinta,” ucap Ayaaz, seraya memandang tepat ke dalam anak mata Hashara. Tapi Hashara lebih licik. Ayaaz diugut, lalu suami sendiri dipaksa tunaikan kemahuannya. 

“Kau main dengan api, Hashara. Ingat janji aku dulu? Aku akan pastikan kau rentung terbakar!” ugut Ayaaz, penuh dendam. Dan, dendam itu terlunas saat Mazween Hashara mengandung lima bulan. 

Hashara terluka! Tak sangka, suami yang dia cintai, tegar khianati cinta dan maruahnya sebegini. Tertanya-tanya, besar sangat ke salah dia mencintai lelaki sehebat Ayaaz Ferran? Atau semua yang terjadi, merupakan kifarah, kerana dia yang terlebih dahulu memulakan hubungan berlandaskan FITNAH? 

Persoalannya, fitnah apa yang Hashara canangkan untuk memiliki Ayaaz, dan apa pula yang Ayaaz lakukan hingga maruah isteri sendiri, menjadi bualan? 

FITNAH CINTA, MAZWEEN HASHARA akan merungkai, sejauh mana rumahtangga mereka mampu bertahan. Dan, pengakhirannya nanti, wujudkah bahagia buat keduanya, atau… cinta mereka, akan terus berantakan?


×
WhatsApp