“Sihir apa yang kau pakai, sampai ncek berkenan nak jodohkan kita?”
Itu soalan dan tanggapan Hail padanya. Padahal, semua yang terjadi pada mereka berdua, adalah kerana kedegilan lelaki itu sendiri.
Dan, dia mangsa yang sebenarnya! Baru Elnara nak rasa bahagia dapat bergelar isteri kepada lelaki yang menjadi punca jantung dia haywire,
“Buat hidup masing-masing, jangan beritahu sesiapa pun tentang hubungan kita!”
Itu pesan Hail Aidan, pada hari lelaki itu menghantar dia masuk ke Universiti. Walau hati tak rela, Elnara akur tak punya pilihan. Tapi, bukan mudah berada satu Universiti dengan Hail Aidan.
Nak-nak lagi, bila lelaki itu menjadi pensyarahnya!
“Dah kahwin?” Itu soalan pertama yang Hail ajukan dalam kelas programming C++.
Tapi bila dia ajukan soalan,
“Kalau diorang tanya siapa suami El?”
“No need to tell! People don’t go around, telling who’s their husband really is,” Itu jawapan yang Hail Aidan beri.
Buntu! Penat! Lelah Elnara mengikut rentak suaminya. Tak adil, tapi Elnara tak mampu membantah. Kerana sejak dari awal perkahwinan mereka, syarat Hail tak pernah berubah!
Jangan beritahu sesiapa tentang hubungan mereka!
Dan, saat Hail mendahului carta pensyarah paling HOT dan dihargai di Universiti mereka, tahulah Elnara, mengapa lelaki itu beriya-iya sembunyikan status sebagai suaminya.
Sakit! Pahit! Malah, ada rasa cemburu menjalar di hati. Tapi, nak marah pun… tak guna.
Dia tak boleh halang student perempuan syokkan suami dia, kerana memang Hail seorang saja pensyarah lelaki yang paling hot, dan tampan di dalam Universiti mereka!
Alang dia pun kecundang, inikan pula semua gadis yang memandang. Telan liur, Elnara pasrah dengan takdir. Redha!
Terpaksa redha bila suami yang dia sayangi, menjadi kegilaan ramai! Tapi, bila dia menerima hadiah yang sama,
“Kau lecturer ke, aku lecturer?!” soal Hail, dengan nada yang menderam geram!
Dan, semua hadiah itu dibuang, sampaikan kek yang dia teringin nak makan pun… Hail Aidan tong sampahkan! Serba serbi yang dia buat, semuanya serba tak kena di mata lelaki itu.
Yang sebenarnya, apa yang Hail Aidan mahukan darinya? Cinta, atau sengaja mahu menyeksa? Di akhirnya nanti, bagaimana haluan perkahwinan yang selalu Hail ratib, tak dia inginkan?