“You tak marah ke I kahwin dengan papa you?” 

“Buat apa nak marah? Dia mampu, biarlah,” bersahaja nada Elfathan. 

Haura Asyura ingat, kehadiran Elfathan dapat menyelamatkan dirinya yang bakal dianiyai oleh Sheikh Mukti. 

Tapi rupanya, lelaki itu tak membantu apa. Menyokong lagi ada.

“Boleh tak, you nasihatkan papa you?! Dah tua-tua macam tu, jangan sibuk nak merenyam! Ingat sikit masjid dengan rumah lima kaki dalam!” marah Asyura, sambil mengacau tumisan dengan kasar.

“Kalau tak suka, kenapa terima?”
Mudah sungguh soalan Elfathan.

Kalau bukan kerana Nasir, dia pun tak hingin nak kahwin dengan Sheikh Mukti!

Dan, Asyura ingat, dia kebal nak perjudikan nasib. Tapi, rupanya dia tak sanggup. 

Dalam gerak perlahan, dengan penuh berhati-hati, Asyura mula memanjat tingkap biliknya, untuk keluar dari rumah, tanpa disedari oleh sesiapa. 

Baru kaki nak memijak tanah, tiba-tiba suara garau lelaki menyapa telinga. 

“Bukan siang tadi you kata, you tak akan malukan ayah you?” 

Tak sangka, cubaan dia untuk melarikan diri akan tertangkap dengan Elfathan secepat ini! 

Dan, Asyura tak punya pilihan lagi. Terpaksa dia relakan diri menjadi isteri Sheikh Mukti. 

Saat dunia gelap gelita bila kata Sah dilafaz, Elfathan muncul sebagai penyelamat. 

“Kenapa tak beritahu, yang you bakal suami I?” tanya Asyura, keliru dalam geram. 

Sumpah, rasa macam nak katuk kepala Sheikh Elfathan!

“Apa bezanya? Kalau I beritahu, you setuju awal. Macam tu?” giat Elfathan, nakal. 

Senyum, diukir penuh makna sedang Asyura mengemam bibir dengan rapat. 

Lepas diijab kabulkan, dunia Haura Asyura tunggang terbalik sebaik menjadi isteri Sheikh Elfathan. 

Dia yang dah biasa buat semuanya sendiri, tiba-tiba jadi permaisuri. 
Satu kerja pun tak boleh dilakukan lagi. 

Rimas, lemas! Dan, Asyura mula rasa nak bebas. 

“Kalau I ikut you ke Dubai, can you ditch the bodyguard?” Asyura cuba tawar menawar. 

Tak henti-henti Asyura memujuk suaminya. 

Dan, akhirnya dia dapat kebebasan yang dia mahukan. Tapi, dia menjadi mangsa satu penculikan. 

“Tolong jangan apa-apakan aku! Tolong, lepaskan aku!” rayu Asyura mendayu-dayu, berselang seli dengan tangisan yang menggila. 

Saat itu, dia rasa menyesal minta bebas dari suaminya. Kalau tahu akan jadi begini, sumpah dia akan duduk rumah saja, jadi Permaisuri. 

Tapi bila malang tak berbau,agak-agak apa yang akan terjadi pada Abduction, Haura Asyura? 

Selamat atau sebaliknya?

×
WhatsApp